ANNA melepaskan lelahnya di salah sebuah sofa milik keluarganya. Cuti hujung minggunya amat la bosan. Sudah la dia tiada kawan untuk keluar. Mahu ajak Dariel? Lelaki itu pula ada urusan di Port Dickson yang dia sendiri pun tak tahu.
Puan Rahimah? Huh, malas dia mahu ajak wanita tua itu. Hanya tahu memekak dan berbual tentang Dariel sahaja hingga dia sendiri naik meluat mahu mendengarnya.
"Awal balik, dik? Bukan selalu kau balik pagi ke?" Anna memandang wajah abang keduanya dengan riak menyampah. Abang keduanya baru sahaja pulang dari London. Katanya ada urusan di Malaysia selama seminggu dua.
"Suka hati orang la nak balik pukul berapa pun? Yang abang nak sindir adik kenapa? Adik tak kacau life abang pun kan?" Anna membalas menyampah. Dia dan abang keduanya memang jarang bersua. Kalau bersua sekalipun pasti ada perbalahan berlaku di antara mereka.
Berbeza dengan abang sulung dan ketiganya yang sememangnya menyokong segala aktiviti-aktivitinya.
"Abang cuma tegur kan. Lagipun, abang kenal Anna dari zaman Anna duduk New York lagi. Kalau bukan sebab abang yang duduk dekat dengan Anna. Memang abang tak ambik kisah pasal Anna."
Anna menjeling mata menyampah. Ya, memang mereka empat adik-beradik hidup berasingan sejak zaman remaja. Sulung, di Dubai. Kedua, di New York dan ketiga di Malaysia manakala Anna memilih untuk menetap di Perancis namun dibantah oleh abang keduanya kerana waktu itu dia masih belum matang dan meminta mereka berdua hidup bersama.
"Anna tak minta pun, abang yang nak jaga Anna kan? Jadi, jangan kacau Anna. Kenapa la, abang tak sama macam abang Adam dengan abang Adwa. Dorang elok je sokong apa aktiviti adik, bukan macam abang mengongkong je kerja. Adik rimas tahu tak! Rimas!" Anna bangun dari sofa.
Kaki melangkah naik ke tingkat atas. Malas dia mahu hadap abang keduanya itu. Hanya tahu menyakitkan hatinya sahaja.
MALAM itu, Dariel, Isa, Darren dan Dhea turun ke bawah untuk makan malam bersama di sebuah restaurant terkenal Port Dickson. Manakala Aisya dan Medina tidak dapat mengikuti bersama kerana ada hal yang perlu diuruskan.
"Daddy, daddy rasa... Mama dengan Papa Arren bersatu semula tak?" soal Darren.
Isa yang sedang menikmati makan malamnya hampir tersedak mendengar soalan Darren. Iris matanya memandang wajah Dariel yang duduk di hadapannya sambil menyuap makan kepada Dhea.
"Ermm, daddy tak tahu la nak jawab soalan Arren. Tapi apa yang daddy tahu, kalau betul mama dengan papa saling sayang menyayangi, hmm mungkin boleh bersatu semula." Sengaja Isa menduga Dariel. Mana tahu ada venar apa yang dikatakan?
Dariel yang mendengar jawapan Isa hanya beriak biasa. Saling sayang menyayangi? Hmm, masih adakah lagi atau dia hanya menggunakan Medina sebagai ibu tiri kepada Dhea?
"Ish, abang ni... Kenapa tanya macam tu dekat daddy. Mesti la, papa sayang mama kan? Kalau tak, tiap malam papa tak habis sebut nama mama sambil menangis." Dhea membongkarkan rahsia.
Dariel terkedu. Iris matanya memandang wajah Dhea. Dhea tahu? Manakala Isa sudah mengukir senyum makna. Kalau itu adalah kebenarannya. Tak salah jika Dariel dan Medina kembali bersama?
Suasana kembali sepi di antara mereka berempat. Walaupun sepi Dariel tetap memberi makan kepada Dhea.
"Tapi daddy... Arren rindu uncle Aden."
Isa memaling ke sisi memandang wajah Darren lalu memandang wajah Dariel yang seakan mahu tahu siapa figura bernama Aden.
"Erk... Kenapa Arren nak rindu uncle Aden? Arren kan ada papa, mama, Dhea?" Darren menggeleng kepalanya.
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !