BAB 18

1.1K 50 0
                                    

Diamond Highschool.

Pengetua di minta ke depan untuk memberikan ucapan. Seperti minggu2 yang lalu, mereka akan dibebelkan pasal disiplin. Tapi pada hari ini lain.

"Assalamualaikum semua. Sihat?" Kata pengetua

"Sihat" kata semua pelajar.

"Alhamdullillah, baiklah mungkin ni berita gembira bagi kamu semua." Kata pengetua.

Semua pelajar yang berada di dalam dewan tidak sabar menantikan berita yang akan diberitahu sebentar nanti. Farid dan Shah masuk ke dalam dewan kerana mereka ditugaskan untuk menjaga pelajar yang datang lewat.

"Berita gembira dia, kamu semua tidak akan masuk kelas harini." Kata pengetua.

"Yeayyyyyyy" sorakan dari semua pelajar membuatkan dewan itu menjadi bising.

"Diam!!!!!" Marah Shah.

Dengan serta merta dewan menjadi senyap sunyi seperti tiada penghuni di dalamnya

"Ketua pengawas dah marah. Bising lagi. Padan muka" Kata Is perlahan.

"Saya sambung semula ya. Kamu semua tidak akan masuk ke kelas hari ini, kerana minggu depan sukan tahunan akan diadakan. Semua dah tahukan rumah sukan masing2." Kata Pengetua.

"Dah cikgu." Kata semua pelajar.

"Itu hanya untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4.  Bagi Tingkatan 5, saya rasa kamu semua tahukan yang beberapa orang dari kamu semua akan dipilih sebagai ketua dan penolong rumah sukan." Kata pengetua.

"Tahu" kata semua pelajar tingkatan 5

"Saya akan bacakan pada kamu semua. Saya juga telah lantikkan ketua dan penolong rumah sukan. Saya harap nanti ketua dan penolong sila ke depan ya." Kata pengetua.

Semua pelajar tingkatan 5 berdebar. Seperti menunggu result SPM pula🤣.

" Tengku Fahrin Shah, Amirul Arfan, Zakwan Haziq, Qistina Umaizah, Tengku Ismahanim, Fatiha Nabila. Nama yang saya sebut sila ke depan." Kata pengetua.

Ke semua nama yang di sebut tadi ke depan. Dengan debar hati mereka ke depan. Is gementar, dia tahu nama yang disebut itu ialah pemilihan pengetua sebagai ketua dan penolong rumah sukan.

"Saya rasa kamu semua dah tahu, nama yang dipanggil ni kerana mereka dipilih sebagai keua dan penolong rumah sukan kamu nanti. Jadi saya akan bahagikan. Dengar dengan teliti ya." Kata pengetua.

"Baik cikgu." Kata semua pelajar.

"Bagi rumah kuning, Amirul Arfan dan Qistina Umaizah. Rumah biru, Tengku Fahrin Shah dan Tengku Ismahanim.  Dan yang terakhir Rumah hijau, Zakwan Haziq dan Fatiha Nabila. Fsham semua." Kata pengetua.

"Faham." Kata semua pelajar.

Beberapa orang dari ahli pasukan biru gembira kerana ketua dan penolong mereka bukan calang2 orang.

SUPAYA READERS TAK PENING.

Rumah kuning
Ketua: Amirul Arfan
Penolong: Qistina Umaizah

Rumah Biru
Ketua: Tengku Fahrin Shah
Penolong: Tengku Ismahanim

Rumah Hijau
Ketua: Zakwan Haziq
Penolong: Fatiha Nabila

Harap readers tak peninglah😅👆🏻. Ok kita sambung.

"Baiklah, ketua dan penolong boleh ambil anak buah kamu semua. Ketua rumah Kuning boleh ambil dahulu anak buah kamu, dan diikuti dengan ketua rumah biru dan hijau. Tapi sebelum kamu ambil anak buah kamu, bincang dulu di mana tempat kamu nak pilih, supaya nanti tak bertembung." Kata pengetua lalu turun dari pentas diikuti dengan semua cikgu.

IMAM SAYA HEADPREFECT Where stories live. Discover now