BREK kereta ditariknya ke atas. Matanya memandang beberapa budak dalam lingkungan empat, lima dan enam tahun yang bersekolah di situ. Dhea juga sudah masuk dua bulan bersekolah tadika di situ. Sepanjang dia bersekolah, dia nampak Dhea tampak gembira dengan kawan-kawan barunya malah anak kawannya turut menjadi rakan Dhea.
Tali pinggang keselamatan dibukanya. Pintu kereta dibukanya. Bibir mengukir senyum. Dia nampak Dhea seronok bermain dengan beberapa kanak-kanak lain yang belum pulang. Kaki melangkah ke pintu utama tadika.
"Papa!"
"Daddy!"
Serentak Dhea bersama seorang budak lingkungan lima tahun berlari ke arah Dariel. Dhea memeluk tubuh Dariel manakala budak yang berlari ke arah Dariel memeluk insan di sisinya.
"Macam mana sekolah? Seronok?" soal lelaki itu kepada anaknya.
Dariel memerhati dua insan itu. Wajah budak itu seakan rupanya tika dia kecil dan itu membuatkan dia sedikit terkejut. Dhea mendongak memandang wajah papanya. Bibir dicebik. Matanya turut memandang wajah lelaki yang berpelukan dengan ayahnya.
"Ish, awak la ni Mika! Tengok papa saya tak layan saya." bentak Dhea. Dariel tersentak. Dia memandang wajah masam Dhea.
"Eh, saya pulak salah. Papa awak la salah tengok saya kenapa?" budak bernama Mika itu membalas.
"Arren... Apa cakap macam tu, nak daddy bagitahu mama ke?" tegur lelaki itu memarahi anaknya.
Darren memandang wajah bapa angkatnya, Isa. Kepala digeleng perlahan.
"Daddy jangan la bagitahu mama. Arren tak nak mama marah Arren." perlahan sahaja suara Darren menutur katanya.
Dariel mengukir senyum kecil. Sebenarnya, salah dia juga memandang wajah budak lelaki itu. Dariel menunduk lalu mendukung tubuh genit Dhea. Pipi Dhea diciumnya.
"Maafkan papa, sayang. Kawan Dhea tak salah pun. Papa yang salah." ujar Dariel. Dhea memandang wajah rakan barunya.
"Mika! Saya minta maaf ye. Saya tahu saya salah sebab cemburu dengan awak. Maafkan saya ye. Kita kawan lagi kan?"
Darren memandang wajah Dariel, Dhea dan berakhir ke wajah bapa angkatnya. Bibir mengukir senyum. Dariel yang melihat senyuman itu terpanar.
Senyuman itu seakan senyuman yang sama dengan seseorang yang dia kenali.
"Hai, saya Isa. Ayah kepada Darren. Selamat berkenalan." Isa menghulur salam perkenalan.
Dariel memandang wajah Isa. Dia menyambut salam itu bersama senyuman.
"Dariel. Selamat berkenalan jugak."
"Daddy! Jom la balik, Arren nak jumpa mama! Arren rindu mama." adu Darren. Tangan kecil menarik kemeja yang dipakai Isa.
"Iya, sabar la Darren oi! Mama awak tak ke mana pun. Saya pergi dulu. In sha allah, kalau tak de halangan kita jumpa lagi." Isa mengukir senyum. Tangan Darren dipegangnya erat berlalu ke kereta miliknya.
Dariel memandang pemergian dua manusia itu. Ya allah, sumpah dia sendiri tak sangka budak lelaki itu mempunyai senyuman seperti Azyara.
Ya, itu la maksud senyuman yang dikatakan olehnya tadi.
"Papa... Dhea sebenarnya cemburu dengan Darren dengan Raees." kata Dhea.
Dariel memandang wajah Dhea. Dahinya berkerut pelik.
"Kenapa? Sebab dorang lelaki ke?" tebaknya.
Dhea menggeleng kepalanya. Dariel kian pelik.
"Habistu?"
YOU ARE READING
Mr. Duda [ RAW VERSION ]
Romance• romance • - BOOK 4 - ; 1ST SERIES OF HE SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum tahu bila masanya untuk diubah. ; complete. unedit. raw version. ⚠️ HARSH WORD ACTIVE !