'Abang, lari cepat! Lari!!!'
Suara budak perempuan itu bergema.Dia tergamam. Sempat matanya melilau ke arah sekeliling dan matanya terus saja terpaku pada sosok budak perempuan yang berpakaian baju T-shirt biasa berserta seluar hitam sedang menarik-narik tangannya. Jelas kelihatan raut cuak bermain di wajahnya.
'Abang, cepat bang! Kita kena sembunyi!!! Cepat lari, bang!!!!!' pinta budak itu masih tak lepas dari menarik tangannya.
Dia sudah kehairan. 'L-lari dari siapa dik?' soalnya masih tidak memahami.
Budak perempuan itu terus saja menuding ke belakang. Serentak itu, dia menoleh ke belakang. Terbelalak matanya melihatkan adegan berdarah di depan matanya.
Matanya menangkap sosok seorang lelaki sudahpun dilibas dengan parang lalu jatuh menyembah bumi. Dia kelu. Air matanya sudah mencurah keluar.
Abang!!!
Abangg!!!!!
Serta-merta dia terjaga dari tidurnya. Peluh renek yang membasahi tubuhnya langsung tidak dihiraukan nya. Masih anak mata hitamnya melilau mencari kelibat yang ada dalam mimpinya itu namun.. sia-sia. Ianya cuma mainan tidur ketika di malam hari.
Terus, dia pejam matanya rapat. Air matanya deras mengalir. Walaupun bilik tidurnya sejuk namun masih air peluhnya masih tak berhenti mengalir. Yurp, dia trauma dan buntu.
"Dani?!" sergah suara serak mamanya dari luar.
Daniel terus saja mengalihkan perhatiannya ke arah pintu. Dilihat nya wanita itu sudah mengatur langkah merapatinya. Di belakang, dia lihat papanya sedang berdiri dengan muka tegas. Tidak tercalit langsung kerisauannya.
"Kamu kenapa?" soal wanita itu dengan raut resah. Dia mengambil tempat di sisi katil lalu mengusap lengan anak terunanya itu. Berharap dengan cara itu dapat meredakan keresahan yang membelengu Ungku Haidar Daniel.
Daniel ketap bibir. Dia tak mahu bersuara. Cukuplah hanya dia saja yang tahu asbab dia jadi begitu. Dia tidak mahu mama dan papanya pula terlibat sama.
Apabila melihatkan Daniel hanya membisu, Ungku Zarina sudah berkerut. Wajah Daniel dipandang nya untuk mencari jawapan.
"Kamu.. masih mimpi tentang benda sama ke, Dani?" soal wanita itu seakan dapat menghidu.
Daniel laju saja menggelengkan kepala. "Taklah ma. Dani cuma mengigau aje." bohongnya. Senyum tipisnya diukir agar dapat menghilangkan gusar yang bermain di hati mamanya itu.
Ungku Syariffuddin yang sedari tadi memerhati hanya mengeluh kecil. Dia bersilang tangan. Raut wajahnya langsung tak menunjukkan yang dia risau tentang keadaan Daniel.
"Baguslah kalau mengigau. Kamu jangan layankan sangat perasaan kamu tu, Dani. Anak lelaki tak boleh lemah sangat." sempat kata-kata itu dilemparkannya.
Daniel yang mendengar hanya mampu membisu. Dia tidak mengiakan, dia juga tidak membantah. Hanya mampu diam. Pandangannya ditundukkan ke bawah.
"Kenapa abang cakap macam itu? Abang tak risau ke dengan keadaan Dani?" soal wanita itu sedikit marah.
Ungku Syariffudin sudah berkerut dahi. Wajah bersih isterinya itu dipandang. "Awak yang lebih-lebih ni kenapa? Tuan punya badan cakap okay, jadi okaylah." ujar lelaki itu.
"Abang!"
"Lagipun kalau dia lemah, abang pun takkan berani nak serahkan syarikat abang pada dia. Orang lemah tak sesuai nak pimpin apa-apa jawatan." tambah Ungku Syariffuddin tidak berlapik.
Segera, dia melangkah meninggalkan bilik tidur Daniel. Tiada raut bersalah nya bertayang. Hanya mendatar.
Di dalam bilik, Ungku Zarina sudah kertak gigi menahan geram. "Isy, orang tua ni! Lebih pula dia!" gertaknya.
YOU ARE READING
Dia Perempuanku
Romance@DiaPerempuanku @Choco_Lyn @RomanticGenre @Wattpads2021 Aku Arissa Haura, seorang gadis yang diambil sebagai anak angkat oleh Dato' Zulkifli kerana beliau tidak memiliki zuriat. Walaupun dibesarkan dengan harta yang melimpah namun.. aku masih tak lu...