Setibanya mereka di rumah, mereka masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri.
Selesai membersihkan diri, mereka berkumpul di ruang tamu.
"Fuh penatnya." kata Yoongi yang baru tiba di ruang tamu.
"Aku tak sangka baru first day dah dapat sambutan macam ni." kata Seokjin teruja.
Sungguh dia tidak sangka pelanggan begitu ramai walaupun baru hari pertama pembukaan cafe.
Apatah lagi kalau pelanggan yang menyukai makanan di Bangtan Cafe's, mesti setiap hari pelanggan mengunjungi cafe itu.
"Aku pun tak sangka juga, diorang semua puji makanan kita sedap." Jimin mencelah sambil matanya fokus menonton tv.
Sedang mereka berbual tentang cafe, Namjoon teringat sesuatu.
"Erm... Taehyung." panggil Namjoon lalu Taehyung menoleh memandang Namjoon.
"Tadi aku ada nampak kau sembang dengan sorang yeoja, siapa yeoja tu?" mereka yang tadinya berbual terus memandang Taehyung dengan perasaan yang ingin tahu.
"Oh, yeoja tu. Aku hampir lupa, tadi dia ada tanya kat aku, cafe kita tu ada kerja kosong tak untuk dia dengan kawan dia. Aku suruh dia datang esok." terang Taehyung.
"Serious lah weh, kita dah ramai kot." kata Yoongi.
"Tapi tak apa kan kalau kita bagi dia kerja." kata Taehyung sambil menunduk, takut dengan keputusan yang akan diberi oleh hyungnya.
"Ya lah, aku tengok dulu orang dia macam mana, kalau bagus aku ambil dia kerja." kata Seokjin membuatkan Taehyung tersenyum.
"Yeay, thank you hyung." Taehyung memeluk Seokjin.
"Yah lepaslah! Kalau aku tahu kau curi tulang sebab menggatal dengan yeoja tu, siap kau." Taehyung terus melepaskan pelukannya.
•••
Bangtan duduk berkumpul di dalam cafe sementara menunggu yeoja yang dikatakan oleh Taehyung semalam.
Dalam beberapa minit, ada dua yeoja yang memasuki cafe itu.
"Hai." sapa yeoja itu ceria.
"Hai, awak yeoja yang semalam tu kan?" Taehyung menyambut sapaan yeoja itu.
"Ya saya yeoja semalam, erm... saya diterima kerja ke dekat sini?" soal yeoja itu.
"Yup, awak diterima kerja. Tapi sebelum tu awak berdua kena kenalkan diri dulu." jawab Seokjin sambil matanya tidak berhenti menatap dua yeoja di depannya itu. Yang seorang itu nampak periang, dan seorang lagi hanya diam sambil memandang lantai.
"Nama saya Minatozaki Sana. Boleh panggil saya, Sana. Yang ini kawan saya Nayeon, Im Nayeon." Sana memperkenalkan dirinya dan diakhiri dengan senyuman.
"Kawan awak tu memang tak bercakap ke?" soal Seokjin pelik dengan kawan Sana itu.
Kenapa Sana yang kenalkan kawan dia, kenapa bukan kawan dia yang perkenalkan diri sendiri?
"Dia ni jarang bercakap tapi dia seorang yang rajin." jawab Sana. Dia takut kalau kawannya itu tidak dapat kerja di situ kerana tak bersuara.
"Hmm, okay saya kenalkan diri saya, nama saya Kim Seokjin. Boleh panggil saya Jin. Saya yang paling tua di antara diorang semua." kata Seokjin dan menunjuk ke arah Bangtan yang lain. Sana dan Nayeon hanya mengangguk.
"Hai, saya Namjoon." Namjoon memperkenalkan dirinya dan tersenyum menampakkan dimple nya.
"Cute lah awak ni." kata Sana selamba dan mendapat reaksi terkejut daripada Bangtan yang lain. Namjoon hanya tersengih malu.
"Saya Jung Hoseok. Boleh panggil Hoseok." Hoseok tersenyum.
"Min Yoongi imnida. Panggil Suga je." kata Yoongi malas.
"Saya Taehyung. Panggil saya Tae, baru sweet." Taehyung tersengeh.
"Aduh! Sakitlah hyung!" Taehyung mengerang kesakitan selepas dipukul oleh Seokjin.
"Hahaha tu lah kau menggatal lagi. Okay back to our topic, my name is Park Jimin. Just call me Jimin or Chim." kata Jimin dan menyelitkan nama manjanya. Yang lain dah menyampah dengar dia speaking.
"Annyeong, Jeon Jungkook imnida. Boleh panggil Jungkook atau Kookie." Jungkook wink selepas habis kenalkan diri dia. Ni pun sorang lagi nak juga letak nama manja.
"Jadi sekarang dah kenal?" soal Seokjin.
"Dah." jawab Sana sepatah dan diangguki oleh Nayeon di sebelah.
"Bila kitorang start kerja?" Sana menyoal dan melihat satu persatu wajah beberapa namja di depannya.
"Kalau sekarang boleh?" Seokjin memandang Sana dan Nayeon.
"Boleh." jawab Sana riang.
"Awak Nayeon boleh?" Seokjin bertanya kepada Nayeon.
"Erm... boleh." Nayeon menjawab selepas itu terus menundukkan wajahnya.
Yang lain dah terkejut tak percaya, ni baru pertama kali Nayeon bersuara.
"Boleh bercakap rupanya, ingatkan bisu." perli Yoongi.
Bangtan memandang Yoongi dengan pandangan 'kau pahal? Biarlah kat dia nak cakap ke tak'.
"Mianhae, kawan saya ni memang macam ni." kata Namjoon supaya Nayeon tidak terasa hati.
"Err... takpe saya dah biasa." Nayeon tersenyum pahit.
"Ish kau lah ni Suga, tengok tu Nayeon dah sedih." mereka melihat ke arah Nayeon yang dah tertunduk.
"Apa pula aku? Dah memang betul kan." Yoongi tidak mahu kalah.
"Suga hyung minta maaf balik." Arah Jungkook diangguki oleh Jimin. Suga
memandang mereka tidak puas hati.'Nanti balik rumah tahu lah nasib korang'.
"Okay fine! Nayeon, mianhae. Mulut aku memang macam ni. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau." Yoongi menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Nayeon. Bangtan yang lain sudah terkejut melihat Yoongi 'wah! inikah Suga yang sebenar?'.
"Tak apa, saya okay." Nayeon tersenyum dan menyambut huluran tangan Yoongi.
"Ehem!" mereka berdua melepaskan tangan masing-masing setelah mendengar deheman Seokjin.
"Semua dah settle kan? Jadi semua boleh buat kerja masing-masing." Seokjin menuju ke dapur dan diikuti yang lain.
'Dari sini aku dah kenal sikap korang satu persatu. Tak apa, ini baru permulaan. Now the game is start'.
YOU ARE READING
[C] Bangtan Cafe | Bangtan Sonyeondan
FanfictionKewujudan Bangtan Cafe's telah membuatkan Fancy Paradise berasa kurang selesa dengan kerjaya mereka. Apakah nasib 7 jejaka ini setelah menerima kehadiran daripada 2 gadis yang ingin merosakkan masa hadapan mereka? © minawwoo 2021