Sampul coklat diletakkan di atas meja dan ditolak lurus ke hadapan. Wajahnya serious menentang mata pengarah hospital yang sudah berkerut dahi.
Sampul itu diambil dan dibuka. Setiap patah perkataan dibaca dan dihadam sebelum doktor separuh abad bertag nama Johari itu mengangkat kepala. Kertas bersaiz A4 yang bercetak itu diletakkan kembali di atas meja.
"Maaf cik tapi kami tak boleh sesuka hati keluarkan patient kami dari hospital ni. Cik Adriana baru je selesai pembedahan. Dia masih dibawah pantauan kami. Bahaya kalau keluarkan dia sekarang. Kami taknak bahayakan nyawa pesakit kami. Sekurang-kurangnya kena tunggu Cik Adriana sedarkan diri dulu supaya kami dapat tahu perkembangannya. Selepas itu baru kami boleh lepaskan dia. Cik jangan risau, selagi Cik Adriana di hospital ini, saya sendiri akan pastikan dia sembuh" panjang lebar doktor Johari memberikan penerangan. Pesakitnya masih belum sedarkan diri selepas pembedahan. Riuh bilik pembedahan tadi apabila nyawa Adriana terhenti seketika. Tapi dengan izinNya dan berkat usaha pekerjanya, Adriana selamat.
"I don't need your explanation. Just proceed the process now"
"Maaf cik, tapi tak bo—"
"Proceed atau hospital ni muflis" tenang Qaisara memintas kata-kata lelaki separuh abad di hadapannya. Dia betul-betul memaksudkannya.
"Cik, tolong beri kerjasa—"
"Sementara saya masih berlembut, baik doktor teruskan sebelum saya naik gila. Buat je apa yang saya suruh atau hospital ni takkan mampu terima pesakit lain lagi. By hook or by crook, Adriana perlu dikeluarkan malam ni juga. Adriana kawan rapat saya. Saya tahu apa yang saya buat. By the way, my father is Tengku Dahfim" Doktor Johari mengangkat kepala memandang Qaisara lemah sebelum keluhan berat terkeluar dari bibir itu. Tengku Dahfim, jutawan di Istanbul. Dia juga yang baik hati menderma ubat-ubatan di hospital ini. Tanpa lelaki itu, mungkin sukar baginya untuk menyembuhkan pesakit-pesakit di hospital ini.
"One more thing, serahkan semua rekod kesihatan Adriana pada saya. Then hapuskan nama Adriana and all of her information dalam hospital ni. Make sure perkara ni hanya antara kita. Tiada siapa yang boleh tahu. Takde guna saya terus jumpa doktor kalau saya nak pekerja doktor yang lain tahu tentang hal ni. If orang lain tahu, doktorlah orang pertama yang saya akan cari dan saya akan pastikan kata-kata saya sebentar tadi menjadi kenyataan" tegas Qaisara berkata. Matanya tepat menentang mata Doktor Johari menandakan dia serious. Dia akan pastikan hospital ini ditutup jika orang lain tahu tentang urusan mereka bertiga.
Dia.
Adriana.
Doktor Johari.
"Baiklah" terlepas sekali lagi keluhan lemah dari bibir tua itu. Dia terpaksa mengalah walau berat hatinya mahu melepaskan Adriana. Pesakitnya itu memerlukan pantauan yang sangat ketat sekarang. Qaisara bangkit dan mahu berlalu pergi. Tidak sempat memegang tombol pintu, Qaisara berpusing.
"Ingat kata-kata saya, hanya antara kita. Siapa pun yang tanya soal Adriana selepas ini, biarkan rahsia dan pastikan doktor cakap tak tahu. That's it! Thank you and proceed the process as soon as possible. Saya hargainya kalau doktor beri kerjasama" Qaisara terus berlalu pergi. Lif dituju, angka lima ditekan.
Baju dan penutup kepala yang tersedia di hospital itu diambil dan dipakai sebelum Qaisara masuk ke dalam bilik jagaan rapi atau intensive care unit (icu) yang menempatkan Adriana. Seorang doktor yang berdiri disamping katil Adriana sambil mencatat sesuatu di kertas dituju.
"Macam mana dengan dia?" mata terarah pada Adriana yang dibaringkan di atas katil. Badan wanita itu penuh dengan wayar. Mulutnya disumbat dengan tiub dan masih jelas kelihatan kesan jahitan. Qaisara memandang simpati. Kesian kawan dia.
YOU ARE READING
Adriana Mikayla
Teen FictionCinta tak akan pudar Selagi dia masih percayakannya Dia tetap menanti Selagi nyawa dikandung badan Sambungan kisah dari Alexandra Highschool Banyak yang dia telah lalui dahulu.. Kini dia hadir lagi, mungkin membawa berita baik atau berita buruk.. T...