~Hilangnya menimbulkan kepedihan~'Inara......'
Jantungnya berdegup kencang. Darahnya naik sampai ke kepala. Kertas yang ditangan nya di baca berulang kali.
Sejak dia memberikan Puteri keduanya merpati untuk terus berhubung dengan nya, namun itu pertama kali hatinya terdetik untuk membaca sendiri surat dari Istana Gunung Api.
'Apa yang terjadi dengan Inara?'
Raja tua mula gusar dan resah. Dia berfikir kenapa Inara meminta pertolongan sedangkan dia dilindungi oleh Jeneral terhebat Kota.
Jeneral yang terpilih untuk melindunginya adalah janeral yang sentiasa berada disisi Raja setiap kali peperangan. Adalah yang paling hebat dalam generasinya.
Kerana itulah dia tidak pernah sedikit pun risau tentang keadaan dan keselamatan Puteri keduanya.
"BINDARA ZIM!!! MASUK!!!"
Jerit Raja Api."ye.... Tuanku Raja? Ke-kenapa?"
Seorang lelaki bernama Bindara Zim, orang kanan Raja Api bertanya.
Raja Api terkenal dengan sifat baran dan tegas.
Dia memerintah dengan sangat bagus namun ketegasan pelaksanaan undang-undang tidak terkecuali."Sediakan 1 platon tentera. Dan semua berkuda. Sediakan kuda untuk ku dan Putera Mahkota"
Arah Raja Api"Hendak ke mana Tuanku Raja?"
Soal Bindara Zim"Bawa ke mari semua surat dan benda-benda dari Puteri Bongsu sekarang. Perintahkan Putera Mahkota ke mari. " kata Raja Api.
Bindara Zim berlari menuju ke kamar sebelah. Beberapa minit kemudian, dia datang dengan sekotak longokan kertas. Semua adalah surat dari Puteri Bongsu yang belum dibuka dan dibaca.
Bindara Zim kehairanan, selama ini sekiranya surat tiba dari Istana Gunung Api, Raja Api akan menyuruhnya menyimpan semua tanpa menyentuh surat tersebut. Namun, tidak hari ini.
Raja terus merampas kotak tersebut sebelum sempat Bindara meletakan ke meja.
"Sudah!! Pergi panggil Putera dan Siapkan kuda dan tentera!!!" teriaknya tegas.
Bindara berlari keluar dengan tergesa-gesa dan kehairanan.
_________________________________
~ Akhirnya terbongkar ~
Raja Api membuka dan membaca surat dari Puterinya satu persatu. Sedikit sebanyak dia memahami perihal tolong yang diminta oleh puterinya.
Dia mengimbau kembali, sudah 2 tahun hampir setiap seminggu dua ada surat dari puterinya datang. Awal-awal dia rajin membaca. Namun kelama-lamaan dia sangat sibuk dengan pemerintahan menyebabkan dia tidak melayan surat-surat tersebut.
Dia mengumpulkan kesemua bukti transaksi kewangan yang dilampirkan oleh puteri nya dan surat yang berkaitan kisah sisi gelap Istana Gunung Api.
Sedang membaca semua surat, Putera Mahkota, Putera Nixar datang mengadap.
Rupa parasnya putih dan berbadan tegap dan tinggi.
Putera Mahkota adalah satu-satunya putera pewaris takhta kerajaan Api. Bermata sepet, mempunyai senyuman yang manis, rambutnya panjang sehingga melepasi bahu dan beralun besar. Sekali pandang, memang akan menjadi bualan gadis-gadis.Disisinya seorang Ratu Api, Ratu Isma, seorang yang sangat berdedikasi kepada pemerintahan istana dan kebajikan rakyat.
Dia merupakan wanita paling cantik pada zaman generasinya. Walaupun sudah dimamah usia, namun dia masih jelita. Kecantikannya diwarisi oleh ketiga-tiga cahaya matanya. Berkulit putih. Mempunyai senyuman yang manis.
YOU ARE READING
Cinta Seorang Puteri
RomancePuteri Inara, seorang puteri yang lahir dengan takdir yang menyakitkan, hampir menjadi mangsa rogol, mengubah diri menjadi seorang yang berani. Inara Seindah namanya, mampukah dia mengubah takdir, adakah dirinya berpeluang mengecapi kebahagiaan?? S...