"Oiii!" kerusi di hadapan Adriana diambil. Gadis itu hanya menjeling sebelum membuang pandang ke luar semula

"Kau kenapa ni? Cuba cakap! Mana tahu aku boleh tolong"

"Kau tak kerja ke?" Rafael menjatuhkan kepalanya beberapa kali mengatakan bahawa dia kerja

"Dah tu menyemak dekat sini kenapa?" Rafael buat muka

"Hak alah kau! Kerek! Macam tak biasa aku datang sini masa kerja"

"Thank you Kak Farah" Kak Farah yang datang menghantar pancake hanya tersenyum sebelum berlalu pergi

"Emmmm pancake dekat sini tak pernah mengecewakan!" teruja Rafael saat pancake yang sudah dipotongnya telah masuk ke dalam mulut

"Aku nak tanya kau ni" handkerchief yang disediakan diambil dan bibir dibersihkan. Adriana mengalihkan pandangan memandang Rafael di hadapan mata.

"Kau dah ready?" nada Rafael kedengaran serious. Lelaki itu tidak main-main kali ini.

"Hmm" Adriana tersenyum nipis

"Kita tamatkan semuanya masa tu juga. Cukuplah sembilan tahun kau tanggung semua benda ni" Adriana mengalihkan pandangannya ke luar semula saat Rafael habis bicara. Malas membuka mulut.

Dia rindukan Aryan. Lama lelaki itu tidak pulang ke rumah. Makan atau tidak suaminya? Tidurnya cukup atau tidak? Adakah Aryan merinduinya sama seperti dia merindukan lelaki itu?

Mimpi

"Kau rindu suami kau?"

"Isteri mana je tak rindu suami" Adriana masih membuang pandang ke luar. Riak muka ditahan sebaiknya.

"Pergilah jumpa suami kau dekat office dia kalau ye kau takut nak hadap mak mertua kau" Adriana diam. Rafael faham perasaan wanita itu. Bukan setahun diorang kenal, tapi lama.

"Aku pergi dulu. Aku ada kerja"

Adriana mengeluh perlahan. Beg tangan diambil lantas dia memboloskan diri ke dalam mini coopernya yang terparking elok di tepi jalan.

Enjin dihidupkan dan kereta mula bergerak membelah jalan raya. Hujan rintik yang membasahi bumi sedikit demi sedikit dihiraukan. Dia perlu berjumpa Aryan sekarang.

Pedal break ditekan saat lampu isyarat bertukar merah. Kelihatan seorang pakcik tua yang sedang menjual jeruk mangga dari kereta ke kereta. Jatuh rasa kasihan pada orang tua tersebut. Sudahlah hujan. Penuh lagi tangan pakcik itu yang memegang plastik jeruk.

Adriana menurunkan tingkapnya saat pakcik itu berada di luar keretanya

"Adik nak beli? Pakcik ada jual jeruk mangga. Satu Rm10"

"Saya nak 5" pakcik itu tersenyum seronok. Diambil lima bungkus plastik dan diserahkan kepada Adriana. RM100 bertukar tangan.

"Allah. Pakcik takda duit baki. Adik ada duit kecil?"

"Takpe, saya sedekah" senyuman manis dipamer. Air mata pakcik itu bertakung di tubir mata.

"Ya Allah. Terima kasih, dik. Semoga rezeki adik melimpah ruah. Terima kasih banyak-banyak, ya Allah" pakcik tua itu mengaminkan tangan yang ditadah memohon doa.

"Aamiin. Hati-hati ye pakcik. Hujan ni" pakcik itu mengangguk sebelum mengucapkan terima sekali lagi dan berlalu pergi.

Seronok hatinya saat melihat senyuman pakcik itu. Baru hendak pusing ke hadapan, jantungnya terasa direntap. Senyuman yang tadi menghiasi wajah kian pudar.

Aryan Mikael.

Aryan yang sibuk dengan telefon dan Puan Sri Rafidah yang teruja melihat Lily. Wanita tua itu terus berjalan ke arah Lily dan memeluk gadis berpakaian pengantin itu. Dinding kaca yang mempamerkan apa yang berlaku di dalamnya berjaya membuatkan Adriana tergamam.

Air matanya kini jatuh lagi.

Hujan semakin lebat membasahi bumi.

Pin! Pin! Pin!

Ternaik bahu Adriana. Air mata terus dihapus dan pedal minyak ditekan.

Makin lama makin laju.

Semua kereta dipintas dengan laju.

Tanpa dia sedar, seseorang mengekorinya. Laju membelah jalan raya dalam keadaan hujan lebat.

Membulat mata Adriana saat sebuah kereta tiba-tiba membelok masuk di hadapannya. Brek ditekan serta merta. Kepala terhantuk kuat pada stereng.

Bammm

Kepala perlahan-lahan diangkat memandang depan. Mata dikelip-kelip membetulkan pandangan yang kabur. Bukan dia yang melanggar kereta hadapan tetapi orang lain.

Superbike yang merempuh kereta di hadapan sudah terpelanting jauh. Kereta di hadapannya remuk teruk di bahagian belakang. Tergesa-gesa Adriana keluar dari kereta.

Berlari anak dia mendapatkan tubuh yang sudah jatuh dari superbike tersebut. Dahi yang berdarah diabaikan. Orang awam membantu membuka helmet yang dipakai oleh lelaki tersebut diperhati.

Pakaian yang dipakai lelaki itu.

Berdetak laju jantungnya.

Kaki terasa lemah untuk berdiri.

'Ya Allah'

Adriana terus mendapatkan tubuh lelaki itu. Kepalanya dipangku di atas riba. Darah yang terkena bajunya diabaikan.

"Rafael"

"Rafael!" tubuh Rafael dogoncang-goncang

"Rafael bangun!!" bahu lelaki itu ditepuk. Orang yang memerhati terus menelefon ambulans.

"Rafael! Kau jangan tinggalkan aku juga! Aku dah takde siapa-siapa dah lepas ni. Rafael! Rafael bangun!" meraung Adriana dibawah hujan saat itu. Tangannya sudah berlumuran dengan darah lelaki itu

"Rafael!" nama lelaki itu tidak henti dipanggil

"Rafael, aku dah takde siapa-siapa"

"Rafael! Bangun!"

"Ya Allah!"

Apa pula ujian yang perlu aku hadap kali ini?

🌹'Ouh mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita' 🎶🎵

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














🌹
'Ouh mengapa ku selalu dibuai dusta dan derita' 🎶🎵

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now