Part 51

6.7K 377 135
                                    

Semalaman Adriana mengurung diri di dalam bilik. Sejak kejadian semalam, Aryan turut menjauhkan diri darinya.

"If kau jauhkan diri dari Aryan, hutang kita selesai"

"Kita tak pernah ada hutanglah!" Adriana melawan panahan mata Lily, merah matanya menahan amarah.

"Kau nak siapa mati pula lepas ni?" Lily tersenyum sinis mengugut

"Kau!" penumbuk dikepal. Adriana terus berlalu pergi meninggalkan Lily berseorangan di luar rumah. Panas hatinya sekarang.

'Aku nak kau mati Lily'

Adriana meraup rambutnya ke belakang. Dia terus meluru ke bilik Aryan. Dia tiada hutang dengan Lily, kenapa harus dia mengikut kata wanita itu.

"Abang" pintu diketuk bertalu-talu

"A—bang"

"Nak apa?" Aryan ditarik ke tengah-tengah ruang tamu

"Abang..abang dah tak sayangkan saya ke?"

Sepi.

Bertakung air mata Adriana melihat Aryan yang diam tanpa suara

"Abang, tolonglah" lengan Aryan digoyang

"Fight for our love, fight untuk saya. Saya perlukan abang"

"I love you" selepas ayat itu diungkap, Adriana memandang tepat ke dalam mata Aryan tapi kenapa? Kenapa mata itu—

Kosong

"I'm sorry"

"Aku akan kahwin dengan dia lagi 2 bulan" Aryan terus menggapai kunci superbike dan berlalu pergi meninggalkan Adriana berseorangan.

"Abang!"

"Abang! Jangan buat saya macam ni!" tetapi hampa, Aryan sudah hilang dari retina mata.

Kaki gagal menampung badan. Adriana jatuh terduduk di lantai. Tangan terus dibawa memegang dada.

Sakit

Saat itu, bergema rumah besar itu dengan suara tangisan Adriana. Dia tahu Aryan seorang yang sanggup melakukan apa pun demi ibundanya tetapi bagaimana dengan kata-kata lelaki itu sebelum ini.

Adakah semuanya palsu?

"Aku cintakan kau"

"Aku minta maaf sebab selalu lukakan kau, aku minta maaf sebab pernah tinggalkan lebam dekat badan kau, aku minta maaf sebab biarkan kau kejar aku terlalu lama"

"Aku minta maaf biarkan kau macam ni"

"No matter what happens, I will take care of you till my last breath, sayang"

"Abang lagi sayang sayang!"

Dadanya dipukul berkali-kali. Sakit!

Inikah balasan atas apa yang dia lakukan pada Khaira dulu? Cuma kali ini, Lily ditempatnya dan dia ditempat Khaira.

🌹

Sebulan sudah berlalu, Aryan masih diam dan Adriana meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dia duduk memerhati luar cafe. Melihat suasana di luar cafe yang sesak sama seperti hatinya. Tiada seorang pun berani mengganggu termasuk Kak Farah. Hot chocolate di atas meja diambil dan dihirup perlahan.

Rafael yang baru memasuki cafe mengangkat kening kepada Adam tanda 'apa berlaku'. Adam hanya menggeleng tidak tahu sebelum menyambung mengambil pesanan pelanggan.

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now