BAB DUA PULUH

211 105 32
                                    

DELIMA membuka pintu kereta Syaqil lalu memboloskan diri masuk ke dalam. Syaqil hanya menayang wajah tanpa perasaan. Seatbelt dipakai. Syaqil mula membawa kereta tanpa sepatah pun yang keluar dari mulutnya.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Delima pelik.

Syaqil tidak menjawab. Matanya hanya tertumpu pada jalan. Delima mendecit perlahan. Lebih baik, dia lihat telefon.

Earphone dikeluarkan dari beg tangannya. App Spotify dibuka di telefonnya. Playlistnya dibuka. Lagu Forever young dari kumpulan Blackpink.

Syaqil memandang Delima. Dia mengetuk stereng kereta. "Kau dengar apa?" soal Syaqil. Delima mengalih pandangan memandang Syaqil.

Earphone dicabut dari telinganya. "Apa dia?" tanya Delima. Syaqil menggeleng kepala. Dia kembali memandang jalan di hadapan. Delima terjongket bahu. Dia kembali mendengar lagu.

Delima turut berdiam diri. Matanya terhala pada luar. "Delima, kau tak nak cuti-cuti ke?" Syaqil menyoal Delima. Delima terdiam. Cuti tu mesti la nak tapi dia nak pergi ke mana sahaja?

"Tapi, saya tak tahu nak ke mana," ujar Delima perlahan. Syaqil memandang Delima sekilas.

"Kau balik la Malaysia. Takkan tak nak jumpa keluarga kau?" kata Syaqil selamba. Delima tidak bersuara. Mulutnya terkunci. Balik Malaysia?Jumpa Ibu, Ayah dengan Dzul?

Memang dia mahu tapi Puan Hayati masalahnya. Dia dah tak nak tengok muka aku, macam mana aku nak balik?

Delima mengeluh. Syaqil memandang Delima. "Kau kenapa?Aku ada salah cakap ke?" tanya Syaqil hairan. Delima tersenyum nipis lalu geleng.

"Aku tak tahu la kau ni ada masalah ke ataupun tak tapi kau boleh share dengan aku," ujar Syaqil berlembut. Delima diam. Kenapa lelaki ini tiba-tiba berubah sebegini.

Syaqil mengaru tengkuknya. Rasa kekok pula apabila bercakap sebegini. "Awak pun ? Kenapa awak tak pernah bercakap dengan Aunty?" Soal Delima. Sengaja mahu mengubah topik.

Syaqil pula yang terdiam kali ini ? Syaqil memandang jalan di hadapannya. Delima pula masih menunggu. Kenapa lelaki ini macam cuba mengelak. Betul ke tekaan dia selama ini?

Syaqil memang tidak rapat dengan mamanya ?Delima menarik nafas. Wajah tepi Syaqil dipandang lama.

"Saya tak paksa untuk awak bercerita tapi awak pun boleh share dengan saya," ujar Delima lembut. Syaqil hmm kan sahaja.

"Delima, kau pernah tak rasa kasih sayang seorang ibu?" soal Syaqil secara tiba-tiba. Delima terdiam. Otaknya berhenti memproses. Betul ke apa yang dia dengar?

Kasih sayang seorang ibu ? Soalan yang paling dia tidak mahu dengar dan memberi jawapan. Ibu ? Wujudkah ibu untuknya ? Wujudkah kasih sayang Ibu untuknya ?

Selama dia hidup di muka bumi Allah ini, sedikitpun dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang Ibu. Kadang kala dia tertanya sendiri dia ini anak angkat ke ?

"Delima ?" panggil Syaqil.

"Yes ?" jawab Delima terkebil-kebil. Syaqil geleng.

"Tak apa la, kau simpan je la jawapan kau," ujar Syaqil. Delima angguk kecil ? Simpan jawapan ?Ceh ! Jawapan apa dia nak simpan ? Memang soalan ini tiada jawapannya.

Pergi ke mana-mana pun, jawapannya tiada. Delima memandang luar. Matanya dipejam rapat.

























"JOM turun," ajak Syaqil. Seatbelt dibukanya. Delima menurut. Matanya mengscan tempat yang dibawa Syaqil. Dia berkerut pelik.

Pantai ? Syaqil memandang Delima. Dia tersenyum kecil. Dia jalan menghampiri ke arah Delima. Mulutnya tersenyum manis.

Delima laju mengalih pandangan. "Did you shy?" Tanya Syaqil mengusik. Delima memegang pipinya. Panas. Ya Allah Delima. Laju Delima geleng. Matanya cuba memandang tempat lain.

Syaqil tersenyum sinis. "Delima...Will you marry me?" tanya Syaqil dengan suara husky. Delima memandang wajah Syaqil yang semakin rapat dengannya. Mata dibulat.

Laju dada Syaqil ditolak sehingga terundur ke belakang. Syaqil tergelak kuat. Suka apabila melihat Delima sebegitu. Delima mencebik. Benci ! Suka sangat mengusik.

"Dah, jom." Ajak Syaqil. Delima mengikut jejak Syaqil. Mereka berjalan di persisiran pantai. Angin bertiup kuat.

"Rindunya kampung," ujar Delima perlahan namun masih dapat didengari Syaqil. Tiba-tiba dia teringatkan kampung. Di kampung juga ada pantai.

"Then, kau patut balik," ujar Syaqil. Delima geleng kepala.

"No, I will stay here." Katanya. Syaqil menjongket kening. Matanya memandang Delima.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal Delima malu. Mata helang Syaqil tidak berhenti memandang wajahnya. Syaqil geleng kepala.

"Did you feel shy?" Soal Syaqil. Delima menggeleng. Laju dia berjalan ingin menjauhi Syaqil. Ada-ada sahaja modal lelaki itu mahu memalukannya.

"Delima tunggu." Jerit Syaqil kuat. Delima mendengus geram. Kepala ditoleh memandang Syaqil.

"Cepat la," jerit Delima kembali. Syaqil berlari mendapatkan Delima.

"Kenapa kau lari dari aku?" soal Syaqil bengang. Delima diam. Kenapa dia lari dari Syaqil ? Dah Syaqil yang usiknya.

Delima jalan beriringan dengan Syaqil. "Aku harap ini momen yang paling indah," ujar Syaqil secara tiba-tiba. Delima mengerut dahi.

"Momen apa ?" Tanya Delima pelik. Syaqil diam.

"Momen ini. Sekarang ini. Kau dan aku. Di pantai," ujar Syaqil lembut. Matanya tidak memandang Delima sebaliknya memandang langit.

"Kenapa ? Sepatutnya momen indah awak bersama isteri awak atau orang yang awak sayang," ujar Delima. Syaqil tersenyum kecil.

"Aku tak ada isteri tapi kau boleh jadi isteri aku," ujar Syaqil. Nadanya tidak kedengaran bergurau tapi serius. Delima berhenti jalan.

Syaqil juga turut berhenti. Mereka memandang sesama mereka. Mata bertentang mata. Delima memandang wajah kacak Syaqil.

Jantungnya berdegup laju. Sudah jatuh cintakah dia pada Tengku Syaqil ? Lelaki yang annoying ?

Delima menelan air liur tiba-tiba Syaqil tergelak kuat menghancurkan suasana romantis tadi. Delima terkebil-kebil.

"Aku gurau je. Kenapa kau pandang aku macam tu?" Soal Syaqil. Delima menunduk malu. Rasanya dia memang tidak layak bersama lelaki ini. Dia hanya akan membawa bala sahaja.

Delima tersenyum pahit. Matanya dikerdipkan untuk hilangkan rasa sedih yang ada. Syaqil juga turut diam. Tidak banyak cakap.

"Jom pergi makan," ajak Syaqil. Delima angguk kepala. Dia mengikuti jejak langkah si Syaqil. Rasa sedih dan sakitnya dipendam di dalam hati sahaja. Syaqil pula mengaru tengkuk. Rasanya dia dah mengecewakan wanita itu.



Done bab 20✨. Nak update lgi x?

Cinta Buat Tengku Syaqil | HOLD ONWhere stories live. Discover now