DELIMA mengetuk pintu bilik Tengku Syafiqah. Perlahan suara Tengku Syafiqah membenarkan dia masuk. Delima membuka perlahan daun pintu lalu masuk ke dalam.
Tengku Syafiqah menghulur senyuman nipis buat si gadis. Delima menapak ke arah Tengku Syafiqah. Dulang makanan diletak di tepi katil.
Dia duduk di birai katil.
"Maaf aunty...Delima lambat," ujar Delima sebaik sahaja dia duduk. Tengku Syafiqah hanya tersenyum sahaja.
"Tak apa la Delima," ujar Tengku Syafiqah perlahan.
Delima menggengam tangan Tengku Syafiqah. Mukanya berubah apabila merasakan tangan Tengku Syafiqah panas. Delima melihat wajah Tengku Syafiqah.
Baru dia perasan yang wajah itu pucat. Laju tangan Tengku Syafiqah dilepaskan.
"Aunty...tunggu kejap tau," ujar Delima sebelum laju keluar dari bilik Tengku Syafiqah. Dia laju berlari turun ingin ke dapur mahu mengambil ubat buat Tengku Syafiqah.
Namun, entah di mana silapnya Delima hilang imbangan di tangga terkahir. Delima tidak sempat memegang apa- apa. Dia sudah bersedia untuk jatuh. Matanya terpejam rapat.
Namun, dia tidak rasa sakit kerana terjatuh. Perlahan-lahan matanya dibuka. Bagaikan dia sedang bermimpi sekarang ini.
Wajah kacak Syaqil menghiasa kornea matanya. Sangat dekat sehingga dapat merasa nafas masing-masing. Laju jantung Delima berdegup.
Syaqil tersedar. Laju pinggang ramping milik Delima dilepaskan. Delima menahan malu. Bibirnya digigit. Kepalanya digaru. Mukanya membahang malu.
"Lain kali jangan lari. Nasib aku ada. Kalau aku tak sempat tangkap tadi mesti kau dah jatuh," ujar Syaqil lembut. Delima menunduk.
Malunya. Syaqil memandang wajah kemerahan Delima. Dia tersenyum nipis. Delima memandang tubuh Syaqil. Cepatnya balik.
"Cepatnya awak balik." Katanya dengan nada yang pelik.
"Aku tak jadi. Nanti kau masakkan nasi goreng udang macam haritu tau." Pesan Syaqil. Delima angguk perlahan. Akur sahaja la.
Dah memang tugasnya.
"Yang kau lari laju sangat ni kenapa?" soal Syaqil.
Delima mengangkat wajah. Baru dia teringat yang dia sebenarnya turun ke bawah mahu ambil ubat untuk Tengku Syafiqah.
"Saya nak ambil ubat untuk aunty," jawab Delima. Dia berlari laju je dapur semula mahu ambil ubat. Syaqil diam di hadapan tangga.
Teruk sangat ke mama demam?
Syaqil menapak ke arah kamar Tengku Syafiqah. Perlahan dia menolak daun pintu. Dari bukaan pintu itu, dia melihat Tengku Syafiqah yang terbaring lemah.
Dia mendengar batuk Tengku Syafiqah yang agak teruk.Perlahan-lahan air matanya tumpah. Dah lama dia tidak melihat wajah Tengku Syafiqah. Sebelum ini, dia hanya pandang sekilas lalu sahaja.
Delima yang berdiri di anak tangga dengan tangan yang memegang sepapan ubat untuk Tengku Syafiqah, terhenti langkah.
Matanya melihat belakang tubuh badan Syaqil. Dia cuba mendengar namun tiada sepatah kata yang keluar dari mulut jejaka itu. Hanya tangisan yang singgah di telinganya.
Perlahan kaki melangkah ke arah kamar Tengku Syafiqah. Serentak itu, Syaqil menoleh. Matanya membulat tatkala mata bertembunf dengan mata Delima.
Laju Delima mengalih bebola mata dari merenung jejaka itu. Nanti tengok lama-lama, jatuh dosa pula. Manakala Syaqil gugup.
Takut kalau Delima dengar tangisan dan kata-katanya tadi. Dia cuba bersuara seperti biasa. Tangisannya dilap dengan tangan.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Syaqil.
"T-tak ada apa-apa," jawab Delima sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Kau nak bagi ubat kan? Pergi la. Bubur tu jangan lupa pula bagi mama makan. Sejuk nanti," kata Syaqil tegas sebelum berlalu pergi.
Delima terkaku, lain macam aura Syaqil kali ini. Nampak serius dan tegas. Barangkali risau dengan keadaan Tengku Syafiqah yang sakit.
Namun tangisan Syaqil tadi masih berlegar di fikirannya. Apa yang terjadi? Dia dapat rasakan ada rahsia yang tersembunyi dalam keluarga ini.
PUAN Hayati duduk di meja makan. Tangannya sibuk mengupas kulit buah manggis. Dia tersenyum lebar kerana dapat makan manggis.
Mulutnya sibuk mengunyah manggis. Seketika kemudian, Dzul datang ke dapur. Baju sekolah masih tersarung di badan.
Dia melihat pemakaian Dzul. Baju kemeja maroon berlengan panjang dan kot berwarna maroon juga. Dzul membuka peti ais lalu air sirap dikeluarkan.
Cawan diambil lalu air sirap dituang ke dalam cawannya. air itu diteguk rakus. Dahaga. Tambahan lagi sekarang ini dia sudah bertukar kelas dan menjadi pengawas.
Dirinya makin sibuk. Dengan persiapan untuk exam PT3 lagi. Dzul membasuh cawannya lalu bergerak mahu masuk ke biliknya semula.
"Dzul, kenapa kamu pakai baju lain ni?" Soal Puan Hayati saat Dzul sudah naik ke atas Dzul berhenti. Dia menahan rasa sakit di dadanya.
Dah seminggu lebih aku pakai baju ni, Ibu baru perasan?
Dzul menggengam tangan membentuk penumbuk.
"Dzul jadi pengawas," ujarnya dingin. Wajah Puan Hayati langsung tidak dipandangnya.
Dia laju masuk ke dalam bilik. Memori dia bersama Delima kembali terbayang. Rindunya kenangan lalu. Delima pun tak ada telefonnya. Sudah lupakah Delima padanya?
Sudah lupakah Delima padanya? Dzul meraup muka kasar. Dzul menghempas badannya ke katil.
Ting!
Telefonnya berbunyi menandakan ada orang hantar mesej padanya. Tangannya laju mencapai telefonnya. Mata melihat skrin telefon. Kelihatan nama Irfan di kaca skrin.
Jom lepak. Tempat biasa nak?
Satu pesanan pendek yang dihantar Irfan padanya melalui WhatsApp. Dzul melihat skrin itu lama. Dari dia duduk di dalam rumah ini, ada baiknya dia keluar lepak bersama Irfan.
Laju jarinya bermain di atas skrin telefon.
Okay. Lepas Asar.
Pesanan itu dihantar pada Irfan. Sesaat kemudian, Irfan kembali membalas.
Cun!
Dzul tersenyum nipis. Dah lama rasanya tak melepak dengan Irfan. Dia menutup telefon sebelum kembali merabhkan badan di atas katil.
Tiba-tiba fikiran kembali memikirkan Alya. Dia tergelak sendirian apabila mengingat semula kejadian Alya yang dimalukan olehnya.
Ketika dalam kelas sains tadi. Alya memberi jawapan yang salah dan dia menegurnya ketika Alya sedang berucap di hadapan. Membahang malu Alya ketika itu.
Hey gais😉..aq bosan..so this is it..hope best❤️
YOU ARE READING
Cinta Buat Tengku Syaqil | HOLD ON
RomanceDalam sebuah perjuangan pasti akan ada pengorbannya. Begitu la kisah hidup seorang gadis yang bernama Delima Syahizawani. Berat dugaan yang menimpanya apabila dua kali bertunang dan lelaki- lelaki itu sebenarnya suami orang. Dikatanya dirampas mil...