Bab 51 Faked Sincerity

5.8K 591 854
                                    

Hai saya officially 18 !

Sorry sbb lmbat update,thanks kpada yg masih menunggu!! GOMAWOO!!

Insyallah nak double update. Dipersilakan komen yer untuk support!!

Baidewei thnks yang komen. Seperti biasa siapa yg komen qasha akan auto followbck okey!
(◕ᴗ◕✿)

.
.
.
.
.

"ehem ehem, assalamualaikum!!"
Nayra mendenguskan nafasnya sekuat hati apabila mendengar salam si Kashaf . Pantas dia jatuhkan pisau ke sisinya ,tapi tidak pula dia sorokkan ke belakang.

"W-waalaikumusslam aban--err Kashaf.." salam Kashaf dijawab,baru sahaja dia ingin memanggil Kashaf dengan gelaran,Nayra melirikkan matanya tajam ke arah Hanna. Serta-merta gadis itu menukar sebutan daripada terus ditenung oleh Nayra.

Nayra menghela nafas, sinki di dekati lalu pisau dilempar kasar ke dalam sinki.
"Woi kau kenapa!?"soal Kashaf terkejut ketika masuk ke dalam ruangan dapur bersama Akif dan Noah.

Nayra tak menjawab pertanyaan Kashaf, sebaik sahaja Noah berdiri di belakang Kashaf terus mata hazelnya memandang Noah . Manakala Noah juga turut memandang kearahnya dengan tatapan kosong seakan tidak mahu bertanya kenapa dia melempar pisau itu.

"Hanna kau buat apa kat Nayra sampai dia mengamuk?" Soal Akif tanpa menanti Hanna menoleh kearahnya. Kerana gadis itu sibuk menatap Noah seakan meraih simpati. Takut dengan Nayra kononnya.

"Kau nak tuduh dia buat Nayra ke apa?"soal Noah dengan bernada dingin. Akif sudah terkelu lidah, apatah lagi Kashaf yang tidak pandai berdebat.

"Tak..kau dengar dulu Noah. Aku tanya kan? Kau nak backup dia sangat pehal?" Suara Akif kedengaran meninggi tapi masih bernada tenang.

"Bila aku backup dia?"soal Noah balik.

"Abang Noah.."baru sahaja Hanna mahu mendekati Noah,pantas Nayra memaut erat bahu Aira Nurhanna dari tepi. Sejenak Nayra ketawa halus dan muka ketatnya melakar senyuman lebar.

"Jangan risau yer Hanna? Lipas tadi dah lari pun. Kak Nayra halau dah dengan pisau" polos sahaja riak Nayra Aisyah . Akif dan Kashaf dah memandang antara satu sama lain sebelum mengeluh lega. Mereka sangka ianya salah faham sahaja.

"Betul ke Hanna ada lipas tadi?"soal Noah yang sememangnya tidak percaya. Dia memang sudah arif dengan Nayra yang mempunyai sifat munafik untuk perdayakan orang itu.

Pergh Munafik terus yer kau bagi Noah.

"Ta--aa yerr..yerr ada lipas tadi.. Kak Nayra tolong halau.." dahi ditahan supaya tidak berkerut. Bahunya yang dalam diam dicengkam kuat oleh Nayra itu terasa semakin pedih. Kuku Nayra seakan hampir tenggelam ke dalam isi kulitnya.

"Senyum"bisik Nayra tanpa menggerakkan bibirnya ,arahannya itu memanah tepat ke telinga Hanna.

"Hanna ni goodgirl la. Nanti ajar Kak Nayra masak lagi tau!"ujar Nayra sambil ketawa dibuat-buat. Rambut Hanna diusap. Terkebil-kebil Hanna, air liur diteguk. Kenapa dia jadi mangsa pula ni?

Perlahan-lahan senyuman Hanna diukir menggantikan raut wajahnya yang resah tadi.
Noah memeluk tubuh seraya mengangkat kening kirinya tinggi, tangan Nayra yang mencengkam bahu Hanna itu diperhati.

Dia tahu apa yang berlaku,tapi malas pula nak tegur. Biar jela Nayra menang. Kang gaduh besar nanti ,kalau dia tegur.

"Nay Nay Nay!"

"Kakakk!!"

Kathrina,Jane,Nalif dan Noel sama-sama menjerit memanggil-manggil nama Nayra. Apabila semua tumpuan para jejaka menghala ke arah ruang tamu,pantas Nayra melepaskan bahu Hanna dan merempuh bahu Hanna dari tepi ketika berjalan ke arah ruang tamu.

[C] President's Badgirl TalesWhere stories live. Discover now