Aina, azielah dan nadia serta kawan-kawannya masuk ke dalam bilik disiplin. Kelihatan seorang guru lelaki dan juga Iskandar, syafiq dan wafiq sedang bercakap sesuatu. Aina memberi salam apabila masuk ke dalam bilik disiplin tersebut.
"Assalamulaikum cikgu kami dah sampai." kata aina.
Cikgu baharuddin dan iskandar menoleh serta yang lain melihat gerangan yang memberi salam.
"Kamu berdua mari sini!" arah cikgu baharuddin selaku guru disiplin
Aina berjalan pergi kearah cikgu baharuddin manakala nadia pula teragak-agak mahu pergi.
"haah nadia yang kamu tercegat dekat situ kenapa? Mari sini dekat cikgu"
Nadia pun pergi kearah cikgu lalu berdiri di sebelah aina. Aina melihat nadia ingin berdiri di sebelahnya ditolak.
"Ish kau sana boleh tak! Jaga sop lah takut nanti kau ada covid" kata aina.
"Sapa kata aku nak berdiri dekat sebelah kau yang busuk" nadia memutarkan bebola matanya.
"kau ka..
" STOP AINA DAN NADIA!!" bentak cikgu baharuddin
" kamu berdua ni tak serik-serik lagi ke, tadi dah bergaduh dekat kantin. Sekarang nak bergaduh dekat sini pulak. Dah tak ada adab dekat cikgu kamu bergaduh macam ni. Memandangkan kamu berdua membuat kesalahan kecil. Kamu berdua akan didenda"
Wajah nadia berubah risau manakala aina pula hanya beriak tenang sahaja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"A..pa denda dia cikgu?" nadia tergagap-gagap menyoal.
"Denda kamu berdua ialah kutip sampah satu sekolah pada esok hari. Cikgu nak kamu datang awal dan terus datang kesini. Nanti cikgu akan maklumkan tentang hal ni lebih lanjut. Pada esok hari jugak, makcik cleaner akan cuti satu hari memandangkan kamu berdua yang akan mengalas tanggunjawab makcik-makcik dan pakcik-pakcik cleaner dekat sini. Kamu faham cikgu cakap"
"FAHAM CIKGU" kata aina dan nadia serentak.
Kelihatan muka nadia berubah cemburut seperti tidak suka akan denda ini. Habis reputasinya sebagai pelajar wanita hot, cantik, lagi bergaya disuruh mengutip semua sampah-sarap satu sekolah ni. Malu lah dia. Mana nak letak muka ni. Ini semua gara-gara sepupu malangnya azielah.Tapi takpe tunggu je nanti balik sekolah ni aku buat apa dekat kau
"Cikgu kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu ya" kata aina
"hmm.. Baiklah. ingat pastikan esok datang awal dan terus kesini, faham"
"Faham cikgu"
Aina pun berlalu daripada situ dan melihat sahabat baiknya setia menunggu di depan pintu.
Wajah azielah kelihatan risau dan gelisah dengan keadaan sahabat baiknya sendiri."Aina macam mana? Cikgu ada cakap apa-apa tak?"
"Kitorang kena denda"
Wajah azielah sedikit terkejut. Dia sudah agak pasti mereka akan didenda oleh cikgu disebabkan pergaduhan kecil dikantin tadi.
"Denda apa cikgu bagi dekat korang?" tanya azielah lagi.
"Denda dia ringan je. Kutip sampah satu sekolah ni" selamba aina berkata
"What!! Kau biar betul.Aku rasa bersalahlah dalam hal ni. Sepatutnya aku yang ke..
" Sepatutnya kau yang kena! "nadia menyampuk.
Tak ada angin, ribut tiba-tiba menyibuk si nadia serupa hantu kak limah.
" kau pahal perempuan!"Aina bersuara kembali.
"Aku cuma cakap benda yang betulkan. Iyelah sebab perempuan malang ni lah yang buat aku masuk bilik disiplin. Betul tak?"
"Eh! Memang patut pun kau kena denda. Sebab kau cari pasal dengan orang yang tak ganggu life kau langsung" marah aina
"Kau tak payah nak menyibuk eh! Ni bukan hal kau pun. Ini hal aku dan sepupu aku. So, kau tak payah nak acah-acah baik sangatlah"
"Suka hati aku lah. Aku anggap azielah ni macam adik beradik aku sendiri. Oh lupa maybe kau ni kurang kasih sayang dari mak ayah ya. Sebab tu kau nak mintak perhatian dekat seluruh sekolah ni yang kau hebat sangat lah" pedas kata dari aina
"Kau ni memang tak puas eh, sini kau!" nadia meluru ke arah aina tetapi pantas dihalang azielah.
"Stop... Tolonglah jangan gaduh lagi. Korang tak takut ke cikgu akan tambah denda yang lagi teruk untuk korang"
"Kau yang patut ganti tempat aku! Sial" nadia menunjal kepala azielah lalu beredar dari situ bersama rakannya.
"Hoii.." aina menjerit dan ingin menyerang nadia tetapi tangan azielah pantas memegang pergelangan tangan aina.
"Sudahlah tu aina... Aku kesian dekat kau" wajah azielah berubah muram.
"Azielah aku ada benda nak cakap dekat kau. Kau tau tak nadia tu sebenar perangai dia macam setan. kau masih nak bela dia dengan apa yang dah jadi dekat kau. Kau ni tengoklah keadaan kau. Dia buat kau malu dekat pelajar-pelajar satu sekolah ni."
"Lepastu, dia caci kau, dia maki kau. Kau tak rasa benda tu seolah-olah dia pijak kepala kau. Kau kena ingat azielah kalau perangai kau berterusan macam ni senang-senang je dia nak buli kau bila-bila masa dia nak. Aku tahu kau nak bantu orang, aku tahu kau baik tapi please semua tu ada batasnya jugak"
Aina memegang bahu azielah lalu beredar daripada situ seolah-olah berasa kecewa dengan perangai sahabat baiknya yang senang sahaja dibuli dengan sepupu muka pocong itu. Azielah terasa termakan kata-kata aina. Dengan segera dia menepis fikiran tersebut dan azielah juga terus pergi ke kelasnya.
Zafran terus pergi ke arah bob. Dia ingin menanyakan sesuatu kepada bob berkaitan hal makcik piah.
"Bob aku rasa kau kena ikut aku pergi rumah orang tua tu?"
Bob mengerutkan dahinya tanda pelik. Tiba-tiba sahaja bosnya datang terus mengajaknya ke rumah orang tua. Orang tua mana pulak ni?
"orang tua mana pulak bos cakap ni. Saya tak faham?"
Zafran menepuk dahinya sambil itu mengeleng-gelengkan kepalanya.
"adoii... Bob makcik piah lah siapa lagi. Kau ni pelupa eh!"
Bob menayangkan sebaris gigi putihnya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hehehe.. Sorry bos aku ni pelupa kut agaknya. Maklumlah dah tua"
Zafran hanya menggeleng kepala sahaja. Dia terus keluar daripada situ daripada melayan otak bob yang macam lumut dah.
"Aduii... Bos ni aku memang lupalah. Mana aku ingat" bisik hati Bob. Bob pun segera keluar dari situ pergi ke arah bosnya. Nanti dia mengmuk macam singa lagi habis aku kena.
Sampai sahaja di kereta bob menawarkan diri untuk menjadi driver kepada zafran. Zafran hanya mengangguk setuju. Bob duduk di tempat pemandu manakala zafran duduk disebelah Bob.
Semasa perjalanan tiada sebarang suara yang dibincangkan hanya bunyi pendingin hawa sahaja. Untuk mengelakkan situasi janggal bob besuara untuk memulakan perbualan.
"Bos saya nak tanya? Bos tak ada rancangan ke sebelum pergi rumah orang tua tu" bob memandang muka bosnya zafran.
Zafran hanya diam sahaja. Tidak membalas langsung pertanyaan bob.Dia tahu apa yang dia nak buat bila sahaja sampai dirumah makcik kesayangannya yang lama sudah tidak berjumpa.
Nampaknya bermula lah jeng, jeng, jeng😂
Jgn lupa comment, vote tau bye...
YOU ARE READING
UNGKU AQIEL ZAFRAN[COMPLETE]
RomanceUNGKU AQIEL ZAFRAN S1 AZIELAH FISYA- Setelah pemergian dua ibu bapa azielah dia tinggal bersama ibu saudaranya. Kehidupannya tidaklah seindah disangka. Sepanjang duduk bersama mereka azielah hanya dijadikan seorang hamba. kau memang tak pandai cuci...