Standard kandungan
Standard reviu tetamu
Setiap skor reviu adalah antara 1 dan 10.
Untuk mendapatkan skor keseluruhan yang anda lihat pada Booking.com, kami menjumlahkan semua skor reviu yang kami terima dan membahagikan jumlah itu dengan bilangan skor reviu.
Selain itu, tetamu boleh memberikan ‘subskor’ berasingan untuk aspek pengalaman pelancongan tertentu, seperti lokasi, kebersihan, kakitangan, keselesaan, kemudahan, nilai untuk wang dan Wi-Fi percuma.
Harap maklum bahawa tetamu menghantar subskor mereka dan skor keseluruhan mereka secara berasingan, jadi tiada kaitan langsung antara mereka.
Anda boleh beri reviu bagi tempat penginapan yang anda tempah melalui Booking.com jika anda menginap di sana atau jika anda tiba di tempat penginapan tetapi sebenarnya tidak menginap di sana. Untuk mengubah reviu yang telah anda hantar, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami.
Kami mempunyai individu dan sistem automatik yang pakar dalam mengesan reviu palsu yang dihantar kepada Booking.com. Jika kami menemui reviu palsu, kami memadamkannya dan jika perlu, mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertanggungjawab. Sesiapa sahaja yang melihat sesuatu yang bermasalah sentiasa boleh melaporkannya kepada pasukan Khidmat Pelanggan kami dan pasukan Penipuan kami akan menyiasat.
Kami tidak menerbitkan reviu yang melanggar garis panduan kami tentang:
Kandungan berbahaya dan tidak sopan
Ucapan kebencian, diskriminasi dan gangguan
Kandungan ganas, menyinggung perasaan dan terhad
Kezaliman haiwan
Kandungan yang bersifat seksual
Garis panduan imej dan editorial
Harta intelek, data privasi dan sulit
Spam, kandungan mengelirukan dan amalan memperdaya
Kandungan komersial
Tempahan yang tidak diinap
Untuk memastikan reviu adalah relevan, kami hanya boleh menerima reviu yang dihantar dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar keluar, dan kami boleh berhenti memaparkan reviu setelah reviu tersebut berusia 36 bulan – atau jika tempat penginapan mempunyai perubahan bagi pemilikan.
Tempat penginapan boleh memilih untuk membalas reviu.
Apabila anda melihat berbilang reviu, reviu yang terbaru akan berada di bahagian atas, tertakluk kepada beberapa faktor lain, seperti dalam bahasa apa reviu itu, sama ada ia hanya penilaian atau mengandungi komen juga, dsb..
Jika anda suka, anda boleh mengisih dan/atau menapisnya mengikut tarikh, skor reviu, dsb..
Kadangkala kami menunjukkan skor reviu luaran daripada laman web pelancongan terkenal lain, tetapi kami sentiasa menjelaskannya apabila kami melakukan sedemikian.
Reviu boleh mengandungi terjemahan yang dikuasakan oleh Google, bukan Booking.com. Google menafikan semua jaminan berkenaan terjemahan, yang nyata atau tersirat, termasuk sebarang jaminan ketepatan, kebolehpercayaan, dan sebarang jaminan tersirat bagi dagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran.