Teruskan ke kandungan utama

Bilakah waktu paling sesuai untuk melawat United Kingdom?

Nasihat perjalanan

Maklumat di laman ini adalah berdasarkan pada purata sejarah dan mungkin tidak menggambarkan keadaan semasa. Sila semak dengan pihak berkuasa tempatan untuk nasihat perjalanan yang terkini.

Baca selanjutnya

Masa terbaik untuk melawat UK ialah antara bulan Mei dan September, dan pada bulan Disember. Manfaatkan cuaca tengah tahun yang lebih panas untuk menikmati acara-acara yang paling popular di UK, atau sertai kemeriahan musim perayaan dengan percutian musim sejuk.

Bulan-bulan Mei hingga September di UK membawakan cuaca yang panas, langit yang biru dan waktu siang yang panjang. Sertai warga tempatan berjemur di bawah sinaran matahari sambil menonton acara-acara sukan besar, festival dan perarakan. Ada masanya hujan mungkin turun tanpa diduga – tetapi itu merupakan sebahagian daripada pengalaman lawatan ke UK. Tibanya Disember, UK bertukar menjadi utopia musim sejuk sebagai persediaan menyambut musim perayaan. Cuaca di luar mungkin agak menggentarkan, tetapi pub yang selesa, sajian yang memuaskan dan pasar-pasar Krismas pasti membuat hati anda rasa berbunga-bunga.

Tips pelancongan dan cuaca bulanan bagi United Kingdom

Kemeriahan musim Krismas pada bulan Disember mungkin telah berakhir, tetapi masih ada banyak sebab untuk anda mengunjungi UK pada bulan Januari. Langit yang kelam dan cuaca yang kerap dilanda hujan gerimis tentu sekali membungkam semangat anda, jadi payung dan baju hujan merupakan peralatan penting pada musim ini.

Tahun baru di UK bermula dengan London Parade – di mana kumpulan pancaragam dan pasukan pengakap memeriahkan jalan-jalan di West End. Di tempat lain di UK, 25 Januari menyaksikan Scotland meraikan penyair Robert Burns serta hasil karyanya. Jika anda tidak sibuk bersukaria bersama warga tempatan, cuaca Januari yang basah menyediakan latar yang sempurna untuk anda menerokai aneka muzium dan galeri seni yang mempesonakan di UK.

7°C

Tinggi

3°C

Rendah

20 hari

Curahan hujan

Cuaca di UK pada bulan Februari biasanya merupakan yang paling sejuk dalam setahun, jadi inilah masa terbaik untuk ke mari jika anda berharap akan dapat melihat salji – terutama sekali di Scotland di mana anda turut berpeluang melihat Cahaya Utara.

Dengan suhu yang rendah dan ramalan hujan, kalendar acara pada bulan Februari di UK mungkin agak lengang, tetapi Kejohanan Ragbi Six Nations akan berlangsung pada masa ini. Permainan tuan rumah antarabangsa akan dimainkan di London, Edinburgh dan Cardiff. Anda juga berpeluang untuk menyelami kekayaan sejarah dan warisan York semasa Festival Viking Yorvik. Sekiranya cuaca di luar terlalu sejuk, anda akan menemui pelbagai restoran dan pub yang boleh anda kunjungi di seluruh UK.

7°C

Tinggi

2°C

Rendah

16 hari

Curahan hujan

Bunga-bunga mula berputik menjadi petanda bulan-bulan yang lebih panas bakal tiba, tetapi purata suhu tinggi pada bulan Mac di UK biasanya berada pada paras 10°C. Angka ini juga boleh berubah menjadi lebih rendah pada bila-bila masa, jadi sentiasa bersiap-sedia dengan payung dan baju sejuk.

Permulaan musim bunga membawa bersamanya pelbagai acara, seperti muzik tradisional Ireland dan Celtic selama seminggu sebagai sebahagian daripada festival Féile an Earraigh di Belfast. Hari-hari santo juga disambut pada bulan Mac. Saksikan perarakan dan konsert di Wales untuk Hari St. David, atau sertai negara jiran Ireland menyambut Hari St. Patrick di Belfast, London dan bandar-bandar di seluruh UK.

10°C

Tinggi

3°C

Rendah

17 hari

Curahan hujan

Payung semestinya merupakan alat yang penting di UK, terutama sekali apabila ramalan cuaca menjangkakan hujan akan turun dengan kerap pada bulan April. Hujan yang turun sekali-sekala ini biasanya diikuti dengan suhu yang lebih panas, langit yang lebih cerah dan udara yang segar – suasana yang tipikal untuk musim bunga di UK, dan menyediakan persekitaran yang ideal untuk bersiar-siar dan aktiviti kembara berjalan kaki di kawasan desa.

Manfaatkan sepenuhnya cuaca yang lebih panas dengan menyaksikan – atau mungkin juga menyertai – London Marathon, atau bersorak untuk pasukan kegemaran anda semasa Kejohanan Scotland menghampiri kemuncaknya. Liga Perdana Inggeris juga bakal mengakhiri musimnya, jadi tidak mustahil anda juga terjebak menonton acara sukan – tetapi luangkan sedikit masa untuk aktiviti lain juga pada bulan April. Terdapat festival kesusasteraan yang berlangsung selama seminggu di tempat lahir Shakespeare di Stratford, Festival Filem Belfast yang diadakan setiap tahun, serta muzik dan komedi semasa Hujung Minggu Laugharne di Wales.

12°C

Tinggi

5°C

Rendah

15 hari

Curahan hujan

Dengan cuaca yang sudah semakin hangat dan selesa, warga UK mula keluar menikmati segala pertunjukan, perlawanan akhir bola sepak dan aneka jenis festival. Cuti umum di England pada awal dan hujung Mei bermaksud jalan-jalan dan tempat-tempat awam menjadi lebih sibuk, memandangkan warga tempatan memanfaatkan bulan terakhir musim bunga dan waktu siangnya yang lebih panjang.

Satu tarikh penting dalam kalendar para peminat bola sepak di England ialah Perlawanan Akhir Piala FA, yang berlangsung pada hari Sabtu yang cerah (harapnya) di Stadium Wembley. Sementara itu di kawasan lain di negara ini, anda mempunyai pelbagai pilihan festival dan pertunjukan, termasuk pertunjukan seni selama tiga minggu di Brighton, Festival Gunung Kenswick di Lake District dan Pertunjukan Bunga Chelsea yang indah. Festival Hay di Wales ialah acara wajib bagi pencinta seni dan sastera, manakala Belfast mengadakan acara larian pada hari Ahad pertama dalam bulan Mei setiap tahun.

15°C

Tinggi

7°C

Rendah

15 hari

Curahan hujan

Cuaca yang panas dan kalendar acara yang sibuk menjadikan bulan Jun salah satu bulan terbaik untuk melawat UK. Memandangkan musim festival dan aktiviti taman pub sedang berada di kemuncaknya, anda disarankan membawa krim pelindung matahari untuk masa-masa anda berjemur lama di bawah matahari musim panas di Britain dan Ireland Utara.

Festival-festival pada bulan Jun merupakan antara yang paling laris di UK. Anda tidak akan ketandusan pilihan dengan adanya Festival West End di Glasgow, festival muzik klasik Gŵyl Gregynog di Wales, Festival Isle of Wight dan Glastonbury yang cukup terkenal. Selain daripada festival, acara Pride dan upacara Trooping the Colour juga harus tersenarai dalam aktiviti yang patut anda lakukan di London – begitu juga dengan bersantai dan menikmati cuaca di taman yang banyak terdapat di sekitar UK.

18°C

Tinggi

10°C

Rendah

14 hari

Curahan hujan

Bulan Julai, yang merupakan bulan terpanas di UK, membawa bersamanya waktu siang yang panjang dan padat dengan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan. Krim pelindung matahari disyorkan, tidak kira sama ada ketika anda bersiar-siar di bandar, menerokai kawasan desa atau bersantai di pantai.

Demam tenis melanda UK ketika pemain-pemain bertaraf dunia berentap di gelanggang rumput diWimbledon – bersorak untuk pemain kegemaran anda sambil menikmati strawberi dan krim, yang merupakan satu pengalaman wajib semasa musim panas di Britain. Di utara England, warga tempatan meraikan dunia pertanian di Great Yorkshire Show, manakala Wales mengadakan pertunjukan mereka sendiri semasa festival Muzikal Antarabangsa Eisteddfod yang berlangsung selama seminggu. Jika anda berada di Scotland, jangkakan pengunjung yang ramai di bandar-bandar tepi laut kerana cuti sekolah sudah bermula. Malah, di seberang Selat Utara lebih ramai pengunjung hadir untuk Belfast Pride.

21°C

Tinggi

13°C

Rendah

15 hari

Curahan hujan

UK mungkin kini berada dalam bulan terakhir musim panas pada bulan Ogos, tetapi suasananya tetap ceria dan meriah. Cuaca turut memainkan peranan, dengan purata suhu tinggi harian berada pada 21°C. Bawa bersama krim pelindung matahari, terutamanya jika anda berada di kawasan selatan di mana suhu boleh meningkat ke paras hujung 20-an, malah boleh mencecah 30 darjah.

Bulan Ogos merupakan tempoh festival yang sibuk di serata UK, jadi anda disarankan untuk menyemak lebih awal supaya anda boleh menyertai kemeriahannya atau mengelak dari jalan-jalan yang lebih sibuk di sekitar bandar yang menganjurkannya. Tempat-tempat seperti Reading, Leeds, Brecon Beacons dan Edinburgh semuanya menjadi lokasi festival-festival besar dalam bulan Ogos. London juga tidak mahu ketinggalan, dan menganjurkan partinya sendiri dalam bentuk Karnival Notting Hill, manakala di Liverpool anda boleh meraikan eksport muzik terbaik di bandar ini semasa Beatleweek Antarabangsa.

20°C

Tinggi

13°C

Rendah

15 hari

Curahan hujan

Bulan September menyaksikan cuaca mula sejuk dan daun-daun mula gugur ketika UK beralih memasuki musim luruh. Suhu yang lebih sederhana menjadikannya masa yang ideal untuk menjelajahi kawasan desa dan mengagumi pemandangan pokok-pokok yang berubah warna menjadi merah, jingga dan kuning.

Untuk sesuatu yang lebih bertenaga, adanya acara Larian Great North di Tyneside – larian separuh marathon terbesar di dunia dari segi bilangan pesertanya – atau laluan basikal gunung sejauh 44 batu di acara Brecon Beast. Selepas membuat aktiviti luar yang mencabar seperti ini, penting untuk anda memakai baju sejuk apabila suhu malam menurun – kunjungi pentas peragaan di Minggu Fesyen London untuk mendapatkan tip mengenai pakaian musim luruh dan musim sejuk daripada pereka-pereka dan tokoh-tokoh fesyen terkemuka.

17°C

Tinggi

10°C

Rendah

16 hari

Curahan hujan

Menjelang Oktober, UK sudahpun berada di kemuncak musim luruh, jadi jangkakan langit yang mendung, cuaca yang sejuk dan hari hujan. Ini langsung tidak menyekat warga tempatan daripada keluar bersukaria di parti Halloween, festival makanan dan bersiar-siar di kawasan desa. Berbekalkan baju hujan dan payung, anda sudah siap-sedia untuk menyertai mereka dan menikmati keindahan UK pada musim luruh.

Jika anda tidak kisah dibasahi hujan, banyak yang boleh anda lakukan di UK pada musim ini. London membentangkan karpet merahnya untuk Festival Filem tahunan, pub-pub di Belfast kini kelihatan semakin menarik, dan gambar-gambar mercu tanda yang anda ambil di Edinburgh akan berlatarbelakangkan suasana malap dan mendung yang kelihatan sangat hebat.

14°C

Tinggi

8°C

Rendah

18 hari

Curahan hujan

Waktu siang yang pendek, langit yang mendung dan kekerapan hujan bukanlah satu kombinasi yang menarik untuk melawat UK pada bulan November. Tetapi cuaca sejuk menjanjikan kurangnya pengunjung, sekaligus membuatkan lebih mudah untuk menerokai bandar-bandar, destinasi tarikan dan mercu tanda di UK.

Satu acara yang menceriakan suasana di UK yang diselubungi langit mendung ialah Malam Guy Fawkes pada 5 November, apabila warga tempatan memperingati cubaan gagal beliau mengkhianati kerajaan dengan pertunjukan bunga api, unggun api dan bermain bunga api. Hari Peringatan pada 11 November merupakan satu tarikh yang penting di UK, apabila tentera yang terkorban diberi penghormatan dengan detik senyap dan acara peringatan. Jalan-jalan di bandar mula penuh menjelang hujung November pada hari-hari sebelum jualan Black Friday – sama ada anda ingin menyertai orang ramai membeli-belah atau menjauhkan diri dari kawasan-kawasan sedemikian, itu terpulang kepada anda.

11°C

Tinggi

5°C

Rendah

19 hari

Curahan hujan

Bulan Disember di UK lazimnya berkisar kepada sambutan Krismas dan Tahun Baru pada hujung bulan. Kemeriahan musim perayaan mungkin menghangatkan suasana, namun jaket tebal dan sarung tangan masih perlu untuk melindungi daripada kedinginan musim sejuk.

Anda akan melihat hiasan lampu Krismas walau di bandar mana anda berada – kebanyakannya sudah terpasang sejak November – tetapi tingkap paparan di kedai dan lampu-lampu yang bergemerlapan di sepanjang Oxford Street di London pastinya akan memukau anda. Jika anda telah selesai membeli-belah untuk Krismas, kunjungi Winter Wonderland – di London atau di Cardiff – untuk segala macam aktiviti perayaan seperti meluncur ais, tunggangan pesta dan minuman wain berempah. Parti-parti tahun baru di negara ini juga bakal tiba – ucapkan selamat tinggal kepada tahun ini dengan nyanyian Auld Lang Syne semasa sambutan Hogmanay di Scotland.

9°C

Tinggi

4°C

Rendah

20 hari

Curahan hujan

Cuaca dan suhu di United Kingdom

Untuk cuaca terbaik semasa perjalanan anda ke UK, datang antara bulan Mei dan September. Walaupun tiada jaminan bahawa langit akan sentiasa cerah, bulan-bulan ini – Julai dan Ogos khususnya – ialah yang terpanas di seluruh UK. Tempat yang paling panas ialah di England, di mana suhu boleh mencecah angka 30-an, manakala Wales dan Ireland Utara cenderung untuk mempunyai iklim yang lebih sejuk. Sebaliknya, suhu turun mendadak pada Disember – paling ketara di Scotland, memberikan anda peluang terbaik jika anda ingin menikmati salji.

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
London Tinggi 9°C 8°C 11°C 14°C 17°C 20°C 23°C 22°C 19°C 16°C 12°C 10°C
Rendah 4°C 3°C 5°C 7°C 9°C 12°C 15°C 14°C 12°C 10°C 7°C 5°C
Curahan hujan 20 hari 16 hari 17 hari 16 hari 15 hari 14 hari 15 hari 16 hari 16 hari 19 hari 20 hari 20 hari
Manchester Tinggi 7°C 6°C 9°C 11°C 14°C 17°C 20°C 19°C 16°C 13°C 10°C 8°C
Rendah 2°C 2°C 2°C 4°C 7°C 10°C 12°C 12°C 9°C 8°C 5°C 4°C
Curahan hujan 20 hari 16 hari 17 hari 16 hari 15 hari 14 hari 15 hari 16 hari 16 hari 19 hari 20 hari 20 hari
Edinburgh Tinggi 7°C 7°C 9°C 11°C 13°C 16°C 19°C 18°C 16°C 13°C 9°C 8°C
Rendah 2°C 2°C 2°C 4°C 6°C 9°C 11°C 11°C 9°C 6°C 4°C 3°C
Curahan hujan 20 hari 16 hari 17 hari 16 hari 15 hari 14 hari 15 hari 16 hari 16 hari 19 hari 20 hari 20 hari
Liverpool Tinggi 8°C 7°C 10°C 12°C 15°C 17°C 20°C 19°C 17°C 15°C 11°C 9°C
Rendah 4°C 3°C 3°C 5°C 8°C 11°C 14°C 13°C 11°C 9°C 6°C 5°C
Curahan hujan 20 hari 16 hari 17 hari 16 hari 15 hari 14 hari 15 hari 16 hari 16 hari 19 hari 20 hari 20 hari
Glasgow Tinggi 7°C 7°C 9°C 11°C 14°C 16°C 19°C 18°C 16°C 13°C 9°C 8°C
Rendah 2°C 2°C 3°C 4°C 6°C 9°C 11°C 11°C 9°C 7°C 4°C 3°C
Curahan hujan 20 hari 16 hari 17 hari 16 hari 15 hari 14 hari 15 hari 16 hari 16 hari 19 hari 20 hari 20 hari
Birmingham Tinggi 8°C 7°C 10°C 13°C 15°C 18°C 22°C 20°C 18°C 14°C 10°C 9°C
Rendah 2°C 1°C 2°C 4°C 7°C 10°C 12°C 12°C 9°C 8°C 5°C 4°C
Curahan hujan 20 hari 16 hari 17 hari 16 hari 15 hari 14 hari 15 hari 16 hari 16 hari 19 hari 20 hari 20 hari

Data cuaca disediakan oleh Forecast.io

Kos penginapan di United Kingdom

Ingin melancong dengan bijak? Di sini, anda boleh lihat purata kos bagi penginapan setiap malam di the United Kingdom.

    0 53 106 159 212
  • MYR 628 Jan
  • MYR 686 Feb
  • MYR 719 Mac
  • MYR 778 Apr
  • MYR 848 Mei
  • MYR 919 Jun
  • MYR 913 Jul
  • MYR 844 Ogo
  • MYR 849 Sep
  • MYR 823 Okt
  • MYR 852 Nov
  • MYR 926 Dis
    0 53 106 159 212
  • MYR 605 Jan
  • MYR 649 Feb
  • MYR 710 Mac
  • MYR 772 Apr
  • MYR 837 Mei
  • MYR 895 Jun
  • MYR 904 Jul
  • MYR 873 Ogo
  • MYR 789 Sep
  • MYR 798 Okt
  • MYR 793 Nov
  • MYR 890 Dis
    0 53 106 159 212
  • MYR 151 Jan
  • MYR 170 Feb
  • MYR 195 Mac
  • MYR 217 Apr
  • MYR 247 Mei
  • MYR 262 Jun
  • MYR 261 Jul
  • MYR 278 Ogo
  • MYR 219 Sep
  • MYR 212 Okt
  • MYR 205 Nov
  • MYR 223 Dis
    0 53 106 159 212
  • MYR 642 Jan
  • MYR 674 Feb
  • MYR 737 Mac
  • MYR 771 Apr
  • MYR 853 Mei
  • MYR 854 Jun
  • MYR 951 Jul
  • MYR 985 Ogo
  • MYR 825 Sep
  • MYR 811 Okt
  • MYR 770 Nov
  • MYR 900 Dis
    0 53 106 159 212
  • MYR 439 Jan
  • MYR 470 Feb
  • MYR 512 Mac
  • MYR 536 Apr
  • MYR 576 Mei
  • MYR 593 Jun
  • MYR 604 Jul
  • MYR 612 Ogo
  • MYR 581 Sep
  • MYR 547 Okt
  • MYR 521 Nov
  • MYR 541 Dis

Tempat terbaik untuk dikunjungi di United Kingdom

Jom usha beberapa bandar paling popular, tempat untuk dikunjungi dan aktiviti-aktiviti di United Kingdom!

Pendapat pelancong lain tentang percutian mereka di United Kingdom