Edit senarai lokasi anda dalam Cuaca pada Mac
Anda boleh menambah berbilang lokasi pada senarai anda untuk menjejak keadaan cuaca di kawasan berbeza di seluruh dunia.
Tambah lokasi pada senarai anda
Pergi ke app Cuaca pada Mac anda.
Masukkan lokasi dalam medan carian.
Nota: Untuk melihat lokasi Rumah dan Kerja dalam hasil carian, aktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cuaca. Lihat Gunakan lokasi anda.
Dalam hasil carian, klik lokasi yang anda mahu lihat.
Klik di sebelah kiri medan carian untuk menambah lokasi ke senarai anda.
Untuk mengosongkan medan carian, klik .
Keluarkan lokasi daripada senarai anda
Pergi ke app Cuaca pada Mac anda.
Klik dalam bar alat untuk menunjukkan senarai anda.
Control-klik lokasi dalam bar sisi, kemudian klik Padam.
Anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada trackpad atau satu jari pada tetikus, kemudian klik .
Anda juga boleh mengeluarkan lokasi yang anda baru tambah dengan mengklik di sebelah kiri medan carian.
Susun semula lokasi dalam senarai anda
Pergi ke app Cuaca pada Mac anda.
Klik dalam bar alat untuk menunjukkan senarai anda.
Seret lokasi ke kedudukan lain dalam senarai.
Senarai lokasi anda kekal terkini merentas peranti anda yang anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama.