Serahkan tugasan daripada Apple Watch Ultra
Handoff benarkan anda beralih dari satu peranti ke yang lain tanpa hilang tumpuan pada apa yang anda lakukan. Contohnya, walaupun anda boleh membalas e-mel menggunakan app Mail pada Apple Watch Ultra anda, anda mungkin mahu bertukar kepada iPhone anda supaya anda boleh membalas menggunakan papan kekunci pada skrin. Ikuti langkah ini untuk menggunakan Handoff.
Buka kunci iPhone anda.
Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada hujung bawah dan jeda untuk menunjukkan Penukar App. (Pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama untuk menunjukkan Penukar App.)
Ketik butang yang kelihatan di bahagian bawah skrin untuk membuka item yang sama pada iPhone anda.
Petua: Jika anda tidak melihat butang dalam Penukar App, pastikan Handoff diaktifkan untuk iPhone anda dalam Seting > Umum > AirPlay & Handoff.
Handoff aktif secara lalai. Untuk menyahdayakannya, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian nyahaktifkan Dayakan Handoff.
Handoff berfungsi dengan Aktiviti, Penggera, Kalendar, Utama, Mail, Peta, Mesej, Muzik, News, Telefon, Podcast, Peringatan, Seting, Siri, Saham, Jam Randik, Pemasa, Wallet, Cuaca dan Jam Dunia. Untuk Handoff berfungsi, Apple Watch Ultra anda perlu bersambung ke iPhone berpasangan anda.
Jika anda mempunyai Mac dengan OS X 10.10 atau lebih baharu dipasang, anda juga boleh serahkan daripada Apple Watch Ultra ke Mac anda. Untuk maklumat mengenai model Mac yang disokong, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk ciri Kesinambungan pada peranti Apple.