Sambungkan Apple Watch Ultra ke fon kepala atau speaker Bluetooth
Mainkan audio daripada Apple Watch Ultra pada fon kepala atau speaker Bluetooth tanpa iPhone anda berdekatan.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods yang anda sediakan dengan iPhone anda, ianya sedia untuk digunakan bersama Apple Watch Ultra anda—hanya tekan main.
Pasangkan fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda memerlukan fon kepala atau speaker Bluetooth untuk mendengar kebanyakan audio pada Apple Watch Ultra anda (Siri, panggilan telefon, mel suara dan memo suara dimainkan menerusi speaker pada Apple Watch Ultra). Ikuti arahan yang disertakan dengan fon kepala atau speaker untuk memasukkannya dalam mod penemuan. Apabila peranti Bluetooth sedia, ikut langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda, kemudian ketik Bluetooth.
Ketik peranti apabila ia kelihatan.
Anda juga boleh mengetik pada skrin main app Buku Audio, Muzik, Kini Dimainkan dan Podcast untuk membuka seting Bluetooth.
Pilih output audio
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik , kemudian pilih peranti yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch Ultra.
Pantau dan laraskan kelantangan fon kepala anda
Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan.
Semasa mendengar fon kepala anda, ketik .
Meter menunjukkan kelantangan fon kepala semasa.
Ketik kawalan kelantangan di bawah Kelantangan Fon Kepala atau ketik gelangsar, kemudian putar Digital Crown untuk melaras.
Kurangkan bunyi kuat
Apple Watch Ultra boleh mengehadkan kenyaringan audio fon kepala anda ke paras desibel yang disetkan.
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Pergi ke Bunyi & Haptik > Keselamatan Fon Kepala, kemudian ketik Kurangkan Bunyi Kuat.
Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian setkan paras.
Lihat pemberitahuan audio fon kepala yang kuat
Jika anda mendengar audio lantang menerusi fon kepala anda untuk masa yang lama sehingga boleh menjejaskan pendengaran anda, Apple Watch Ultra menghantar pemberitahuan fon kepala dan menurunkan kelantangan ke paras yang lebih sederhana secara lalai untuk melindungi pendengaran anda.
Untuk melihat butiran tentang pemberitahuan fon kepala, ikuti langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Pergi ke Bunyi & Haptik > Keselamatan Fon Kepala, kemudian ketik 6 Bulan Terakhir di bawah Pemberitahuan Fon Kepala.
Anda juga boleh membuka app kesihatan pada iPhone anda, ketik Layari, ketik Pendengaran, ketik Pemberitahuan Fon Kepala, kemudian ketik pemberitahuan.