Bermula dengan Apple Watch Ultra
Hanya beberapa minit diperlukan untuk mula menggunakan Apple Watch Ultra.
Pasangkan Apple Watch Ultra dengan iPhone anda
Untuk menyediakan Apple Watch Ultra anda, pakainya pada tangan anda dengan kemas, kemudian tekan dan tahan butang sisi untuk menghidupkannya. Dekatkan iPhone anda dengan jam anda, kemudian ikuti arahan atas skrin. Semasa persediaan, pilih fungsi butang Tindakan seperti Latihan, Titik Tengah, atau Selam.
Pilih muka jam
Apple Watch Ultra datang dengan muka jam yang bergaya dan berfungsi. Untuk bertukar kepada muka berbeza, sentuh dan tahan paparan, leret ke kiri atau kanan merentas skrin. Untuk melihat lebih banyak muka tersedia, sentuh dan tahan paparan, leret ke kiri hingga anda melihat , ketik butang, kemudian skrol menerusi muka. Ketik Tambah, sesuaikan muka jam jika memilih untuk berbuat demikian, kemudian tekan Digital Crown untuk menggunakannya.
Buka app
Apple Watch Ultra anda disertakan pelbagai app untuk menjejak kesihatan anda, bersenam dan kekal berhubung. Untuk membuka app, tekan Digital Crown, kemudian ketik app. Anda juga boleh menekan butang Tindakan jika anda telah mengkonfigurasikannya untuk melancarkan app seperti Latihan dan Jam Randik. Untuk kembali ke Skrin Utama, tekan Digital Crown lagi. Anda boleh memuat turun lebih banyak app daripada App Store pada Apple Watch Ultra.
Tukar seting dengan cepat
Pusat Kawalan memberikan anda akses cepat ke mod senyap, Jangan Ganggu, Wi-Fi, lampu suluh dan banyak lagi—sama seperti iPhone. Untuk membuka Pusat Kawalan, tekan butang sisi.
Mahu mengetahui lebih lanjut? Bermula dengan Sediakan dan pasangkan Apple Watch Ultra anda dengan iPhone, Terokai Galeri Muka pada Apple Watch Ultra, Muka Apple Watch Ultra dan cirinya, Buka app daripada Skrin Utama dan Buka app pada Apple Watch Ultra.