Gunakan Jam Dunia pada Apple Watch Ultra untuk menyemak masa di lokasi lain
Gunakan app Jam Dunia pada Apple Watch Ultra anda untuk menyemak masa di bandar di seluruh dunia.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Pukul berapa sekarang di Auckland?”
Tambah dan keluarkan bandar dalam Jam Dunia
Buka app Jam Dunia pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik , kemudian ketik .
Taipkan nama bandar, atau gunakan Coretan atau perencanaan untuk memasukkan nama bandar.
Untuk menggunakan Coretan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian ketik Coretan.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Ketik nama bandar untuk menambahnya ke Jam Dunia.
Untuk mengeluarkan bandar, leret ke kiri pada namanya dalam senarai bandar, kemudian ketik X.
Bandar yang anda tambah pada iPhone anda juga kelihatan dalam Jam Dunia pada Apple Watch Ultra anda.
Semak masa di bandar berlainan
Buka app Jam Dunia pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik , kemudian putar Digital Crown atau leret untuk menskrol menerusi senarai.
Untuk melihat maklumat lanjut tentang bandar, termasuk masa matahari terbit dan terbenam, ketik bandar dalam senarai.
Apabila anda selesai, ketik di penjuru kiri atas, atau leret ke kanan untuk kembali ke senarai bandar.
Jika terdapat bandar yang waktunya anda selalu mahu lihat, anda boleh menambah komplikasi Jam Dunia ke muka jam anda dan pilih bandar untuk dipaparkan.
Tukar singkatan bandar
Untuk menukar singkatan bandar yang digunakan pada Apple Watch Ultra anda, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Jam > Singkatan Bandar.
Ketik mana-mana bandar untuk menukar singkatannya.