Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
Dengan menyambungkan Apple Watch anda ke rangkaian Wi-Fi, anda boleh terus menggunakan kebanyakan cirinya, walaupun anda tidak mempunyai iPhone dengan anda.
Pilih rangkaian Wi-Fi
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Sentuh dan tahan , kemudian ketik nama rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
Rangkaian Wi-Fi yang serasi dengan Apple Watch ialah 802.11b/g/n 2.4 GHz.
Jika rangkaian memerlukan kata laluan, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gunakan papan kekunci pada Apple Watch untuk memasukkan kata laluan (tidak tersedia dalam semua bahasa, Apple Watch Series 7 dan Apple Watch Series 8 sahaja).
Gunakan jari anda untuk mencoret aksara kata laluan pada skrin. Gunakan Digital Crown untuk memilih aksara besar atau kecil.
Ketik , kemudian pilih kata laluan daripada senarai.
Gunakan papan kekunci pada iPhone anda untuk memasukkan kata laluan.
Ketik Sertai.
Gunakan alamat rangkaian peribadi pada Apple Watch
Untuk membantu melindungi privasi anda, Apple Watch anda menggunakan alamat rangkaian peribadi unik, yang dipanggil alamat kawalan akses media (MAC), pada setiap rangkaian Wi-Fi yang ia sertai. Jika rangkaian tidak boleh menggunakan alamat peribadi (sebagai contoh, untuk memberikan kawalan ibu bapa atau untuk mengenal pasti Apple Watch anda sebagai sah untuk disertai), anda boleh berhenti menggunakan alamat peribadi untuk rangkaian tersebut.
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Sentuh dan tahan , kemudian ketik nama rangkaian yang anda sertai.
Nyahaktifkan Alamat Peribadi.
Penting: Untuk privasi yang lebih baik, biarkan Alamat Peribadi diaktifkan untuk semua rangkaian yang menyokongnya. Menggunakan alamat peribadi membantu mengurangkan penjejakan Apple Watch anda merentas rangkaian Wi-Fi berbeza.
Lupakan rangkaian
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Sentuh dan tahan , kemudian ketik nama rangkaian yang anda sertai.
Ketik Lupakan Rangkaian Ini.
Jika anda menyertai rangkaian itu semula kemudian, anda mesti memasukkan semula kata laluan jika ia memerlukannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Sambungkan Apple Watch anda ke Wi-Fi.
Muat turun panduan ini: Apple Books