Gunakan AssistiveTouch pada Apple Watch (Apple Watch SE dan Apple Watch Series 4 serta lebih baharu sahaja)
AssistiveTouch membantu anda untuk menggunakan Apple Watch jika anda menghadapi kesukaran menyentuh skrin atau menekan butang. Sensor terbina dalam pada Apple Watch boleh membantu anda menjawab panggilan, mengawal penuding atas skrin dan melancarkan menu tindakan—semua menerusi gerak isyarat tangan.
Menggunakan gerak isyarat AssistiveTouch, anda boleh melaksanakan ini dan tindakan lain:
Ketik paparan
Tekan dan putarkan Digital Crown
Leret antara skrin
Tahan butang sisi
Akses Pusat Pemberitahuan, Pusat Kawalan dan Dock
Tunjukkan app
Gunakan Apple Pay
Sahkan dwiklik butang sisi
Aktifkan Siri
Sediakan AssistiveTouch
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > AssistiveTouch, kemudian aktifkan AssistiveTouch.
Ketik Gerak Isyarat Tangan, kemudian aktifkan Gerak Isyarat Tangan.
Petua: Untuk mengetahui cara menggunakan gerak isyarat tangan, ketik “Ketahui lebih lanjut” di bawah suis Gerak Isyarat Tangan, kemudian ketik setiap gerak isyarat. Apabila anda mengetik gerak isyarat, animasi interaktif menunjukkan anda cara untuk melaksanakan dan menyempurnakan gerak isyarat.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Kebolehcapaian > AssistiveTouch, kemudian aktifkan AssistiveTouch.
Gunakan AssistiveTouch dengan Apple Watch
Dengan AssistiveTouch dan Gerak Isyarat Tangan diaktifkan, navigasi Apple Watch anda menggunakan gerak isyarat lalai berikut:
Cubit: Maju
Cubit dua kali: Balik
Genggam: Ketik
Genggam dua kali: Tunjukkan Menu Tindakan
Contohnya, dengan muka jam Meridian ditunjukkan, gunakan AssistiveTouch dengan app Cuaca dengan mengikuti langkah ini:
Genggam dua kali untuk mengaktifkan AssistiveTouch
Serlahan kelihatan di sekitar komplikasi Kalendar.
Cubit untuk mengalihkan komplikasi Suhu, kemudian genggam untuk mengetiknya.
Apabila app Cuaca dibuka, genggam sekali untuk beralih daripada suhu kepada keadaan cuaca.
Cubit sekali untuk skrol ke bawah ke Kualiti Udara, kemudian cubit sekali lagi untuk melihat Indeks UV.
Cubit dua kali untuk beralih kembali ke Kualiti Udara.
Genggam dua kali untuk menunjukkan Menu Tindakan.
Cubit untuk beralih depan menerusi tindakan; cubit dua kali untuk beralih ke belakang.
Pilih tindakan Tekan Mahkota, kemudian genggam sekali untuk kembali ke muka jam.
Gunakan Penuding Pergerakan
Di samping mencubit dan menggenggam, dengan Penuding Pergerakan, anda boleh mengawal Apple Watch anda dengan mencondongkan jam ke atas dan bawah serta ke sisi. Contohnya, gunakan Penuding Pergerakan untuk menavigasi app Aktiviti dengan mengikuti langkah berikut:
Dengan muka jam ditunjukkan dan Apple Watch dalam paparan senarai, genggam dua kali untuk mengaktifkan AssistiveTouch.
Genggam dua kali lagi untuk menunjukkan Menu Tindakan, cubit untuk beralih ke tindakan Tekan Crown, kemudian genggam untuk mengetiknya.
Jika ia belum dipilih, cubit atau cubit dua kali untuk beralih ke depan atau belakang ke app Aktiviti, kemudian genggam untuk membukanya.
Genggam dua kali untuk menunjukkan Menu Tindakan, teruskan mencubit hingga anda memilih tindakan Interaksi, kemudian genggam untuk mengetiknya.
Penuding Pergerakan seharusnya dipilih.
Genggam untuk mengaktifkan Penuding Pergerakan.
Penuding kelihatan pada skrin.
Condongkan jam untuk menempatkan kursor di pinggir bawah skrin untuk skrol ke atas. Untuk meleret ke skrin Perkongsian, letakkan kursor di pinggir kanan.
Untuk mengetik butang, hanya tahan kursor di atasnya buat sementara.
Untuk kembali ke muka jam, genggam dua kali untuk menunjukkan Menu Tindakan, cubit untuk memilih tindakan Tekan Mahkota, kemudian genggam untuk mengetiknya.
Laraskan seting AssistiveTouch
Anda boleh menukar tindakan yang ditetapkan pada cubit, genggam dan gerak isyarat Penuding Pergerakan serta melaraskan kesensitifan Penuding Pergerakan.
Buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Kebolehcapaian > AssistiveTouch, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Sesuaikan gerak isyarat: Ketik Gerak Isyarat Tangan, ketik gerak isyarat, kemudian pilih tindakan.
Sesuaikan Penuding Pergerakan: Ketik Penuding Pergerakan, kemudian laraskan seting untuk kesensitifan, masa pengaktifan, toleransi pergerakan dan pinggir pantas.
Jenis imbasan: Pilih antara imbasan Automatik, iaitu tindakan diserlahkan secara automatik satu demi satu, atau Manual, iaitu anda menggunakan gerak isyarat untuk beralih antara tindakan.
Penampilan: Aktifkan Kontras Tinggi untuk menjadikan serlahan lebih tebal. Ketik warna untuk memilih warna serlahan berlainan.
Sesuaikan Menu: Pilih tindakan kegemaran, kedudukan dan saiz Menu Tindakan dan kelajuan skrol autonya.
Sahkan dengan AssistiveTouch: Aktifkan AssistiveTouch untuk mengesahkan bayaran dengan kod laluan atau pada bila-bila masa dwiketik butang sisi diperlukan.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Kebolehcapaian > AssistiveTouch.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AssistiveTouch pada Apple Watch, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan AssistiveTouch pada Apple Watch anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books