Baca mesej pada Apple Watch
Baca mesej teks masuk terus pada Apple Watch anda, kemudian balas menggunakan Rencanakan, Coretan, atau balasan yang disediakan, atau bertukar ke iPhone anda untuk menaipkan balasan.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.
Baca mesej pada Apple Watch
Apabila anda merasa ketikan atau mendengar bunyi isyarat yang memberitahu anda mesej telah tiba, angkat Apple Watch anda untuk membacanya.
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah mesej.
Untuk lompat ke atas mesej, ketik bahagian atas skrin.
Petua: Anda boleh mengetik pautan tapak web dalam mesej untuk melihat kandungan diformatkan web yang dioptimumkan untuk Apple Watch. Dwiketik untuk zum masuk pada kandungan.
Jika mesej tiba sebentar tadi, sentuh dan tahan bahagian atas skrin, leret ke bawah pada paparan untuk melihat pemberitahuan mesej, kemudian ketiknya. Untuk menandakan mesej sebagai dibaca, skrol ke bawah, kemudian ketik Tutup. Untuk menutup pemberitahuan tanpa menandakan mesej sebagai dibaca, tekan Digital Crown.
Lihat masa mesej dihantar
Ketik perbualan dalam senarai perbualan Mesej , kemudian leret ke kiri pada mesej dalam perbualan.
Senyapkan atau padam perbualan
Senyapkan perbualan: Leret kiri pada perbualan dalam senarai perbualan Mesej, kemudian ketik .
Padam perbualan: Leret kiri pada perbualan dalam senarai perbualan Mesej, kemudian ketik .
Akses foto, audio dan video dalam mesej
Mesej boleh mengandungi foto, audio dan video. Untuk mengaksesnya daripada Apple Watch anda, ikuti langkah ini:
Foto: Ketik foto untuk melihatnya, dwiketik untuk memenuhi skrin dan seret untuk sorot. Apabila anda selesai, ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke perbualan.
Jika anda mahu menyimpan foto, buka mesej dalam app Mesej pada iPhone anda dan simpannya di situ.
Klip audio: Ketik klip tersebut untuk mendengar.
Klip dipadam setelah dua minit untuk menjimatkan ruang—jika anda mahu menyimpannya, ketik Simpan di bawah klip. Audio kekal selama 30 hari dan anda boleh setkannya untuk kekal lebih lama pada iPhone anda: Pergi ke Seting, ketik Mesej, skrol ke Mesej Audio, ketik Tamat Tempoh, kemudian ketik Jangan .
Video: Ketik video dalam mesej untuk mula memainkan video skrin penuh. Ketik sekali untuk memaparkan kawalan main semula. Dwiketik untuk zum keluar dan putar Digital Crown untuk laraskan kelantangan. Leret atau ketik butang kembali untuk kembali ke perbualan.
Untuk menyimpan video, buka mesej dalam app Mesej pada iPhone anda dan simpannya di situ.
Tentukan cara untuk dimaklumkan
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Mesej.
Ketik Tersuai untuk setkan pilihan cara anda mahu dimaklumkan apabila anda menerima mesej.