Uruskan Apple Cash dengan Apple Watch (A.S. sahaja)
Apabila anda menerima wang dalam Mesej, ia ditambah ke kad Apple Cash anda dalam Wallet. Anda boleh menggunakan Apple Cash serta-merta di mana sahaja anda boleh menggunakan Apple Pay—di kedai, app, atau di web. Anda juga boleh memindahkan baki Apple Cash anda ke akaun bank anda.
Uruskan ciri bayaran Apple Cash
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Wallet & Apple Pay. Di sana anda boleh melakukan yang berikut:
Ketik kad Apple Cash untuk menyediakan Apple Cash
Petua: Jika anda telah menyediakan Apple Cash pada peranti lain, ia akan sedia untuk digunakan pada Apple Watch anda tanpa persediaan lanjut.
Dayakan atau nyahdayakan kad Apple Cash dan keupayaan untuk menghantar dan menerima wang pada peranti ini
Lihat PIN cadangan anda
Apple Cash tidak memerlukan PIN kerana setiap bayaran disahkan oleh Face ID, Touch ID, atau kod laluan selamat. Namun, sesetengah terminal mungkin memerlukan anda memasukkan kod empat digit untuk melengkapkan transaksi.
Lihat baki Apple Cash anda
Petua: Untuk melihat baki Apple Cash pada Apple Watch anda, buka app Wallet , kemudian ketik kad Apple Cash. Atau dwiklik butang sisi, kemudian leret ke kad Apple Cash.
Nota: Bayaran orang kepada orang dengan Apple Pay dan Apple Cash tidak tersedia di semua rantau.