Baca berita pada Apple Watch
App News pada Apple Watch membantu anda mengikuti hal ehwal semasa, menyampaikan cerita yang dipilih mengikut cita rasa anda.
Nota: App News tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat cerita dalam app News
Anda boleh lihat cerita berita dengan beberapa cara:
Buka app News pada Apple Watch anda.
Ketik komplikasi News pada muka jam.
Ketik item berita pada muka jam Siri.
Ketik pemberitahuan daripada News.
Baca berita
Buka app News pada Apple Watch anda.
Skrol menerusi ringkasan berita dengan memutarkan Digital Crown.
Untuk membaca berita pada iPhone, iPad, atau Mac anda, skrol ke bahagian bawah berita, kemudian ketik Simpan untuk Kemudian.
Untuk membuka cerita pada peranti serasi anda, lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPod touch: Buka app News pada iPhone atau iPod touch, ketik Following, ketik Saved Stories, kemudian ketik cerita.
iPad: Pada iPad, buka app News, ketik Saved Stories dalam bar sisi, kemudian ketik cerita.
Mac: Pada Mac, buka app News, klik Saved Stories dalam bar sisi, kemudian klik cerita.
Untuk membaca cerita hanya daripada saluran yang anda ikuti, buka app Seting pada iPhone anda, ketik berita, kemudian aktifkan Hadkan Cerita dalam Hari Ini.
Nota: Mengehadkan cerita akan mengehadkan kepelbagaian cerita yang kelihatan dalam Hari Ini dan semua suapan lain. Contohnya, jika anda mengehadkan cerita dan mengikuti hanya satu saluran berkaitan hiburan, suapan topik Entertainment anda akan mengandungi cerita hanya daripada saluran tersebut. Apabila anda mengehadkan cerita, anda tidak akan melihat Cerita Teratas dan Cerita Semakin Popular.
Pergi ke berita seterusnya atau sebelumnya
Buka app News pada Apple Watch anda.
Leret ke kiri untuk membaca cerita seterusnya, jika tersedia.
Leret kanan untuk melihat cerita sebelumnya.
Jika anda telah menskrol untuk membaca ringkasan, ketik Cerita Seterusnya di bahagian bawah skrin.
Buka berita pada iPhone
Buka app News pada Apple Watch anda.
Bangunkan iPhone, kemudian buka Penukar App. (Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada pinggir bawah dan jeda; pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama.)
Ketik butang yang kelihatan di bahagian bawah skrin untuk membuka News.
Muat turun panduan ini: Apple Books