Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
Jika anda mempunyai Mac (pertengahan 2013 atau lebih baru) dengan macOS 10.13 atau lebih baru, Apple Watch anda boleh membuka kunci Mac anda dengan segera apabila ia bangun daripada tidur. Anda perlu mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama pada kedua-dua Mac dan Apple Watch anda.
Petua: Untuk mengetahui tahun model Mac anda, klik menu Apple di penjuru kiri atas skrin komputer anda, kemudian pilih Perihal Mac Ini. Tahun Mac anda dibuat disenaraikan bersebelahan model—sebagai contoh, “MacBook Pro (15-inci, 2018)”.
Aktifkan Buka Kunci Auto
Pastikan peranti anda disediakan seperti berikut:
Mac anda telah diaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth.
Mac dan Apple Watch anda didaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama dan Apple ID anda menggunakan pengesahan dua faktor.
Apple Watch anda menggunakan kod laluan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem.
Klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Umum.
Pilih “Gunakan Apple Watch anda untuk membuka kunci app dan Mac anda” atau “Benarkan Apple Watch anda membuka kunci Mac anda”.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu Apple Watch, pilih jam yang anda mahu gunakan untuk membuka kunci app dan Mac anda.
Jika anda tidak mengaktifkan pengesahan dua-faktor untuk Apple ID anda, ikuti arahan atas skrin, kemudian cuba memilih kotak semak lagi. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Buka kunci Mac anda
Semasa memakai jam anda, hanya bangunkan Mac anda—tidak perlu menaip kata laluan anda.
Petua: Pastikan Apple Watch anda berada pada pergelangan tangan anda dan dibuka kunci serta anda berada berdekatan Mac anda.