Gunakan Apple ID anda untuk mendaftar masuk ke app Apple TV pada Mac
Untuk membeli dan menyewa filem atau rancangan TV atau untuk melanggan ke saluran Apple TV pada Mac anda dengan app Apple TV, anda memerlukan Apple ID. Jika anda pernah membeli item daripada tapak web Apple atau jika anda mempunyai akaun iCloud, anda telah mempunyai Apple ID. Jika anda belum mempunyai Apple ID, anda boleh menyediakan satu menggunakan app Apple TV.
Sediakan Apple ID baharu dalam app Apple TV
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Daftar Masuk.
Klik Cipta Apple ID Baharu dan ikut arahan atas skrin.
Lihat artikel Sokongan Apple Uruskan dan gunakan Apple ID anda.
Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh menggunakannya sebagai kaedah pembayaran anda apabila anda memasukkan maklumat kad kredit anda. (PayPal tidak diterima untuk pembayaran di sesetengah negara atau rantau. Untuk butiran, lihat Tapak web PayPal).
Daftar masuk atau keluar daripada app Apple TV
Selepas anda menyediakan Apple ID, anda boleh mendaftar masuk untuk membeli atau menyewa item, melihat atau menukar maklumat akaun anda dan melihat sejarah pembelian anda.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Daftar Masuk (atau Daftar Keluar).
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, klik “Terlupa Apple ID atau Kata Laluan?” dan ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda selesai menggunakan kedai, anda boleh mendaftar keluar untuk mengelakkan orang lain yang mempunyai akses ke komputer anda membuat pembelian menggunakan akaun anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.
Tukar maklumat akaun anda
Anda boleh menukar nama, kata laluan atau maklumat pengebilan Apple ID anda pada bila-bila masa.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Seting Akaun, kemudian daftar masuk jika digesa.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tukar nama atau kata laluan Apple ID anda: Klik “Edit di appleid.apple.com”.
Tukar seting Perkongsian Keluarga: Klik Urus dalam Seting Sistem, kemudian lihat atau ubah suai pilihan perkongsian keluarga anda.
Tukar maklumat bayaran anda: Klik Uruskan Bayaran.
Tukar alamat pengebilan anda: Klik Edit.
Tukar negara atau rantau anda: Klik Tukar Negara atau Rantau.
Tukar kebenaran komputer anda: Klik Nyahbenarkan Semua. Untuk maklumat lanjut, lihat Benarkan Mac untuk memainkan pembelian.
Buat perubahan anda, kemudian skrol ke bawah dan klik Selesai.
Perubahan anda akan digunakan serta-merta dan digunakan pada semua app yang anda gunakan Apple ID anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda perlu menukar atau mengemas kini Apple ID anda.
Lihat sejarah pembelian anda
Item yang anda beli muncul dalam pustaka anda dalam app Apple TV melainkan anda memadamkannya. Anda boleh melihat keseluruhan sejarah pembelian anda dengan melihat maklumat akaun anda.
Dalam app Apple TV pada Mac anda, pilih Akaun > Seting Akaun, kemudian daftar masuk jika digesa.
Skrol ke bawah ke Sejarah Pembelian dan klik Lihat Semua.
Tetingkap dengan sejarah pembelian anda kelihatan dengan senarai semua app, langganan dan pembelian media, dengan pembelian terbaru anda ditunjukkan dahulu.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tapis pembelian mengikut tarikh: Pilih julat tarikh dalam menu timbul “Pilih julat”.
Lihat maklumat lanjut tentang pembelian: Klik Lagi di bawah harga pembelian.
Untuk kembali ke skrin sebelumnya, skrol ke bawah dan klik Selesai.
Untuk menutup tetingkap Maklumat Akaun, skrol ke bawah dan klik Selesai.
Lihat artikel Sokongan Apple Lihat sejarah pembelian anda untuk App Store, iTunes Store dan banyak lagi.
Jika sejarah pembelian anda kelihatan salah atau anda percaya bahawa anda telah dicaj untuk item yang anda tidak beli, lawati Tapak web Pengebilan dan Langganan.