Kini Dimainkan: Kawal main balik muzik pada Apple TV
Tidak kira tempat anda berada dalam app Apple Music , anda boleh memilih lagu, kemudian tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk mula memainkannya.
Setelah lagu mula dimainkan, ia kelihatan dalam Kini Dimainkan dengan kawalan main balik dan garis masa menunjukkan masa berlalu dan baki masa.
Selepas beberapa ketika, skrin bertukar untuk hanya menunjukkan lagu yang sedang dimainkan. Tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) untuk melihat kawalan garis masa dan main balik lagi.
Lagu terus dimainkan walaupun jika anda meninggalkan Muzik, tetapi ia berhenti jika anda mula memainkan video atau audio dalam app lain.
Petua: Untuk mengakses kawalan Kini Dimainkan dengan cepat di luar app Muzik, tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih tab Kini Dimainkan .
Kawal muzik semasa main balik
Dalam Muzik pada Apple TV, mula memainkan lagu atau navigasi ke Kini Dimainkan dalam bar menu.
Lakukan mana-mana yang berikut dalam Siri Remote:
Jeda atau main: Tekan butang Main/Jeda , atau tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.
Kembali ke permulaan atau langkau ke lagu seterusnya: Tekan kiri atau kanan gelung pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Bergerak ke titik tertentu dalam lagu: Navigasi ke garis masa, kemudian navigasi ke kiri atau ke kanan untuk bergerak ke belakang atau depan dalam garis masa.
Pergi ke album penuh atau profil artis: Pilih Info, kemudian pilih Pergi ke Album atau Pergi ke Artis. Untuk kembali ke Kini Dimainkan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) dua kali.
Akses baris gilir Kini Dimainkan dan kawalan tambahan. Pilih butang Baris Gilir . Lihat Gunakan baris gilir Kini Dimainkan.
Akses Lirik dan kawalan tambahan: Pilih butang Lirik . Lihat Lihat lirik lagu.
Gunakan baris gilir Kini Dimainkan
Baris gilir menunjukkan semua lagu dalam album, atau lagu dan video dalam senarai main. Item dalam baris gilir kelihatan dalam baris dengan lagu yang sedang dimainkan di bahagian tengah.
Dalam Muzik pada Apple TV, mula memainkan lagu atau navigasi ke Kini Dimainkan dalam bar menu.
Jika kawalan main balik tidak kelihatan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Pastikan butang Baris Gilir di bahagian bawah skrin dipilih.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari baris gilir: Navigasi ke kiri atau ke kanan pada permukaan sentuh.
Mula memainkan lagu berbeza: Navigasi ke lagu dalam baris gilir, kemudian tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Rombak lagu: Pilih butang Rombak . Untuk menyahaktifkan Rombak, pilih butang Rombak lagi.
Ulang lagu yang sedang dimainkan atau keseluruhan baris gilir Kini Dimainkan: Pilih butang Ulang . Untuk mengulang keseluruhan baris gilir Kini Dimainkan, pilih butang Ulang lagi. Untuk menyahaktifkan ulang, pilih butang Ulang sekali lagi.
Aktifkan atau nyahaktifkan Main Auto: Main Auto (aktif secara lalai) terus mengembangkan baris gilir dengan lagu serupa sehingga anda berhenti memainkan muzik. Anda akan dapat melihat sepuluh lagu seterusnya yang dibaris gilir. Untuk menyahaktifkan Main Auto, pilih butang Main Auto supaya titik hitam hilang. Untuk mengaktifkan Main Auto lagi, pilih butang Main Auto lagi.
Tambah lagu ke pustaka anda dengan cepat: Pilih butang Tambah . Jika lagu telah ditambah, butang Tambah bertukar kepada tanda semak . Untuk mengeluarkan lagu, pilih butang lagi.
Lihat pilihan lanjut: Pilih butang Lagi , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pergi ke album.
Pergi ke artis.
Tambah lagu atau padamkan lagu daripada pustaka anda.
Tambah lagu ke senarai main.
Mainkan lagu seterusnya.
Mulakan stesen radio tersuai daripada lagu.
Lihat lirik lagu penuh.
Benderakan lagu sebagai lagu yang anda gemar atau nyahgemar.
Cadangkan kurang lagu seperti ini.
Nota: Bergantung pada lagu, bukan semua pilihan mungkin tersedia.
Lihat lirik lagu
Anda boleh melihat lirik lagu (aktif secara lalai) jika anda melanggan Pelan Pelajar, Individu atau Keluarga Apple Music.
Dalam Muzik pada Apple TV, mula memainkan lagu atau navigasi ke Kini Dimainkan dalam bar menu.
Jika kawalan main balik tidak kelihatan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Pastikan butang Lirik di bahagian bawah skrin dipilih.
Nota: Butang Lirik tidak kelihatan jika lirik tidak tersedia untuk lagu yang sedang dimainkan.
Semasa lagu dimainkan, lirik kelihatan dan skrol selari dengan lagu.
Untuk mencari lirik yang anda mahu dengar, navigasi ke atas dan bawah dalam lirik.
Semasa anda menavigasi ke atas dan bawah, butang kelihatan atas skrin untuk menunjukkan masa khusus setiap lirik boleh didengari dalam garis masa lagu. Tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk memulakan main balik daripada titik ini.
Untuk mengakses kawalan tambahan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama), kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Laraskan kelantangan vokal lagu (hanya tersedia pada Apple TV 4K generasi ke-3): Pilih butang Apple Music Sing , kemudian tekan butang atau pada Siri Remote. Untuk menyahaktifkan Apple Music Sing, pilih butang Apple Music Sing lagi. Lihat Nyanyi bersama dengan Apple Music pada Apple TV.
Tambah lagu ke pustaka anda dengan cepat: Pilih butang Tambah . Jika lagu telah ditambah, butang Tambah bertukar kepada tanda semak . Untuk mengeluarkan lagu, pilih butang lagi.
Lihat pilihan lanjut: Pilih butang Lagi , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Pergi ke album.
Pergi ke artis.
Tambah lagu atau padamkan lagu daripada pustaka anda.
Tambah lagu ke senarai main.
Mainkan lagu seterusnya.
Mulakan stesen radio tersuai daripada lagu.
Lihat lirik lagu penuh.
Benderakan lagu sebagai lagu yang anda gemar atau nyahgemar.
Cadangkan kurang lagu seperti ini.
Nota: Bergantung pada lagu, bukan semua pilihan mungkin tersedia.
Nyanyi bersama dengan Apple Music pada Apple TV
Dalam app Muzik, dengan tvOS 16.2 dan langganan Apple Music, anda boleh menggunakan Apple Music Sing untuk menyanyi bersama dengan berjuta-juta lagu dengan lirik rentak demi rentak masa nyata.
Pada Apple TV 4K (generasi ke-3), anda juga boleh melaraskan kelantangan vokal lagu jika anda mahu sepadan dengan vokal artis asal atau meneraju sebagai penyanyi solo.
Dalam Muzik pada Apple TV, mula memainkan lagu atau navigasi ke Kini Dimainkan dalam bar menu.
Jika kawalan main balik tidak kelihatan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Pastikan butang Lirik di bahagian bawah skrin dipilih.
Nota: Butang Lirik tidak aktif jika tidak tersedia untuk lagu yang sedang dimainkan.
Pilih butang Apple Music Sing , kemudian tekan butang atau pada Siri Remote untuk melaraskan kelantangan vokal.
Nota: Butang Apple Music Sing tidak aktif jika tidak tersedia untuk lagu yang sedang dimainkan.
Untuk menyahaktifkan Apple Music Sing untuk lagu, pilih butang Apple Music Sing lagi.
Jika anda mendengar lagu yang dimainkan dengan Dolby Atmos dan anda mengaktifkan Apple Music Sing, Dolby Atmos dinyahaktifkan dan lagu dimainkan tanpa bunyi keliling. Jika anda menyahaktifkan Apple Music Sing, lagu dimainkan dengan Dolby Atmos.
Nyanyi atas skrin dengan kesan visual pada Apple TV 4K (generasi ke-3)
Dengan Kamera Kesinambungan, anda boleh menyambungkan iPhone atau iPad anda untuk melihat diri anda menyanyi bersama lirik atas skrin. Untuk lebih banyak keseronokan, anda boleh menambah kesan visual ke imej dan lirik anda, yang meningkatkan pengalaman menyanyi bersama.
Nota: Ciri ini memerlukan Apple TV 4K (generasi ke-3) dengan tvOS 17 atau lebih baharu dan salah satu yang berikut: iPhone XR atau lebih baharu (termasuk iPhone SE generasi ke-2) dengan iOS 17; iPad (generasi ke-8 atau lebih baharu), iPad mini (generasi ke-5 atau lebih baharu), iPad Air (generasi ke-3 atau lebih baharu), iPad Pro 11 inci (generasi pertama atau lebih baharu), atau iPad Pro 12.9 inci (generasi ke-3 atau lebih baharu) dengan iPadOS 17.
Dalam Muzik pada Apple TV 4K (generasi ke-3), mula memainkan lagu atau navigasi ke Kini Dimainkan dalam bar menu.
Jika kawalan main balik tidak kelihatan, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Pastikan butang Lirik di bahagian bawah skrin dipilih.
Nota: Butang Lirik tidak aktif jika tidak tersedia untuk lagu yang sedang dimainkan.
Pilih butang Kamera Video , kemudian pilih Sambungkan iPhone atau iPad.
Nota: Butang Kamera Video tidak aktif jika ciri tidak tersedia untuk lagu yang sedang dimainkan.
Pada skrin Kamera Kesinambungan, lakukan salah satu yang berikut:
Jika anda telah kelihatan dalam senarai pengguna: Pilih profil anda, kemudian sahkan pada iPhone atau iPad anda.
Jika anda tidak kelihatan dalam senarai pengguna: Pilih Lain untuk mendedahkan kod QR, kemudian buka app Kamera pada iPhone atau iPad anda, imbas kod QR, kemudian ketik Sambungkan ke Apple TV dan sahkan pada iPhone atau iPad anda.
Tempatkan iPhone atau iPad anda berdekatan TV dalam orientasi landskap supaya kamera belakang (iPhone) atau kamera depan (iPad) menghadap anda dan anda berpuas hati dengan cara anda kelihatan dalam pratonton pada skrin TV anda.
Anda juga boleh menekan butang Main/Jeda pada Siri Remote untuk melangkau langkah ini.
Selepas detik kira pendek, kamera iPhone atau iPad anda sedia untuk digunakan dengan Apple Music Sing pada Apple TV dan imej langsung daripada kamera anda kelihatan atas skrin bersama dengan lirik.
Laraskan mana-mana kawalan berikut yang kelihatan:
Tunjukkan atau sembunyikan video: Pilih Tunjukkan Video.
Putuskan sambungan kamera: Pilih Putuskan Sambungan Kamera.
Aktifkan atau nyahaktifkan Bingkai Dipusatkan: Pilih Bingkai Dipusatkan, yang memastikan semua orang dalam bilik dibingkaikan secara sempurna, walaupun semasa mereka bergerak.
Tambah kesan visual di latar belakang: Pilih kesan daripada senarai Penapis.
Apabila anda selesai, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) atau tunggu beberapa saat untuk kawalan hilang. Pilih butang Kamera Video untuk mengakses kawalan lagi.
Untuk berhenti menggunakan Kamera Kesinambungan dan kesan untuk lagu, lakukan salah satu yang berikut:
Dalam app Muzik, pilih butang Kamera Video , kemudian pilih Putuskan Sambungan Kamera.
Ketik Jeda atau Putuskan Sambungan pada skrin kunci iPhone atau iPad anda.
Strim perkara yang dimainkan ke peranti didayakan Bluetooth atau AirPlay
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang memainkan audio ke berbilang speaker atau fon kepala, lihat Gunakan Apple TV untuk memainkan audio di seluruh rumah anda.
Tekan dan tahan butang TV pada Siri Remote untuk membuka Pusat Kawalan, pilih tab Seting Umum , kemudian pilih tab Kawalan Audio .
Pilih destinasi main balik.
Untuk mengetahui cara menyambungkan peranti Bluetooth, lihat Sambungkan peranti Bluetooth ke Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penstriman AirPlay, lihat Gunakan AirPlay untuk strim audio dan video pada Apple TV.