Perihal Kawalan Suis pada Apple TV
Kawalan Suis ialah teknologi bantuan yang membolehkan anda mengawal Apple TV dengan mengklik kekunci papan kekunci, butang tetikus atau kawalan lain pada peranti disambungkan Bluetooth® sebagai suis. Gunakan mana-mana daripada beberapa kaedah untuk melakukan tindakan seperti memilih, menyeret dan menaip. Anda menggunakan suis bagi memilih item pada skrin dan kemudian menggunakan suis yang sama (atau berbeza) untuk memilih tindakan untuk dilaksanakan pada item atau lokasi tersebut. Kaedah asas ialah:
Imbasan item (lalai), yang menyerlahkan item berbeza pada skrin sehingga anda memilih satu item
Pilihan manual, yang membolehkan anda beralih daripada satu item kepada item lain atas permintaan (memerlukan berbilang suis)
Apa-apa sahaja kaedah yang anda gunakan, apabila anda memilih item individu (berbanding kumpulan), menu kelihatan supaya anda boleh memilih cara untuk bertindak pada item yang dipilih (tekan atau seret).
Jika anda menggunakan berbilang suis, anda boleh setkan setiap suis untuk melakukan tindakan khusus dan menyesuaikan kaedah pilihan item anda. Contohnya, berbanding mengimbas item skrin secara automatik, anda boleh menyediakan suis untuk beralih ke item seterusnya atau sebelumnya atas permintaan.
Anda boleh melaraskan kelakuan Kawalan Suis melalui berbilang cara, agar sesuai dengan keperluan dan gaya khusus anda.