Sediakan kawalan ibu bapa pada Apple TV
Anda boleh mengesetkan pengehadan kandungan, selalu dirujuk sebagai kawalan ibu bapa, supaya hanya pengguna yang dibenarkan boleh menonton, memuat turun atau memainkan item daripada hasil carian, atau membuat pembelian pada Apple TV.
Aktifkan pengehadan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih .
Pergi ke Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Aktifkan pengehadan dan masukkan kod laluan 4 digit.
Sebaik sahaja anda memasukkan dan mengesahkan kod laluan, pilihan dalam menu Pengehadan didayakan. Untuk mengesetkan atau menggantikan pengehadan, anda mesti memasukkan kod laluan.
Petua: Anda boleh membenarkan pengguna tertentu untuk menggunakan peranti mereka untuk memintas pengehadan berbanding memasukkan kod laluan.
Konfigurasikan jenis kandungan yang dihadkan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih .
Pergi ke Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Masukkan kod laluan jika diperlukan.
Pilih aktiviti yang anda mahu hadkan, seperti:
Membuat pembelian atau menyewa rancangan TV, filem dan app (termasuk pembelian dalam app)
Mengakses app, rancangan TV, filem, muzik atau podcast berdasarkan kepada penilaian atau bahasa eksplisit
Bermain permainan berbilang pemain, menambah rakan atau menukar seting privasi dalam Game Center
Menukar seting AirPlay, Penyedia TV atau Lokasi
Sebaik sahaja pengehadan disetkan, anda mesti memasukkan kod laluan untuk mengakses sebarang kandungan yang dihadkan.
Tukar kod laluan
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih .
Pergi ke Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Pilih Tukar Kod Laluan, masukkan kod laluan semasa, kemudian masukkan kod laluan baharu.
Keluarkan semua pengehadan
Anda boleh mengeluarkan semua pengehadan buat sementara dan mengaktifkannya semula kemudian.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih .
Pergi ke Seting pada Apple TV, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Masukkan kod laluan, kemudian setkan Pengehadan kepada Tak Aktif.
Apabila anda mengesetkan semula Pengehadan kepada Aktif, pengehadan asal yang anda setkan masih kekal.
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk mengehadkan kandungan yang ahli keluarga anda boleh beli—termasuk mendayakan Minta untuk Beli, yang membenarkan anak anda membeli item hanya dengan kebenaran ibu bapa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan kawalan ibu bapa dengan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.
Nota: Pengehadan mungkin tidak digunakan untuk app pihak ketiga. Untuk mengehadkan kandungan pihak ketiga, laraskan seting untuk app individu, sama ada di dalam app atau dalam bahagian App pada Seting . Lihat Laraskan seting untuk app tertentu pada Apple TV.