Gunakan HomePod untuk bunyi stereo dan teater rumah pada Apple TV
Anda boleh menggunakan satu atau lebih speaker HomePod untuk mencipta bunyi yang memenuhi bilik.
Jika anda mempunyai dua speaker HomePod, anda boleh menggunakannya sebagai pasangan stereo untuk pemisahan stereo sebenar atau bunyi keliling teater rumah jika anda mempunyai Apple TV 4K (lihat Apple TV mana yang saya ada?).
Letakkan speaker HomePod untuk bunyi optimum
Lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan satu speaker HomePod: Letakkan speaker dalam 10 inci (25 sentimeter) daripada dinding dan sedekat mungkin dengan pusat TV anda.
Jika anda menggunakan pasangan stereo HomePod: Letakkan speaker di setiap satu sisi TV anda. Untuk bunyi keliling optimum, speaker HomePod mestilah dalam jarak 4 kaki antara satu sama lain.
Nota: Pasangan stereo HomePod menyokong format keliling Dolby Atmos, Dolby Digital 7.1, atau Dolby Digital 5.1. Walaupun HomePod mini tidak menyokong format keliling Dolby, anda boleh menikmati pengalaman bunyi dipertingkatkan, mempersembahkan format bunyi mono atau stereo.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan pasangan stereo HomePod dalam Panduan Pengguna HomePod.
Setkan speaker HomePod sebagai output audio lalai anda
Sebelum anda bermula, pastikan Apple TV dan speaker HomePod anda ditetapkan ke bilik yang sama dan bersambung ke rangkaian yang sama.
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke Video dan Audio > Output Audio, kemudian pilih HomePod (atau pasangan stereo HomePod) sebagai Output Audio Lalai anda.
Ini menghalakan semua bunyi, termasuk klik navigasi, daripada Apple TV ke HomePod anda.
Petua: Anda boleh menggunakan HomePod untuk mengawal Apple TV dengan perintah Siri. Lihat Gunakan Siri pada peranti lain untuk mengawal Apple TV.
Sediakan saluran pengembalian audio HDMI dipertingkat pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu)
Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu) menyertakan eARC, yang menghantar audio resolusi penuh—termasuk format bunyi keliling 3D seperti Dolby Atmos—daripada TV disokong eARC (atau sebarang peranti HDMI yang disambungkan kepadanya) kepada Apple TV anda.
Apabila anda menyediakan speaker HomePod atau HomePod mini sebagai output audio lalai dengan Apple TV 4K, anda boleh menggunakannya untuk memainkan audio daripada konsol permainan atau pemain DVD yang disambungkan ke TV anda dengan kabel HDMI.
Sambungkan satu hujung kabel HDMI serasi eARC (dijual berasingan) ke port HDMI pada Apple TV 4K anda, kemudian sambungkan hujung satu lagi ke port HDMI yang dilabelkan eARC pada TV anda.
Hidupkan TV anda, kemudian pastikan seting HDMI-CEC didayakan.
Lihat artikel Sokongan Apple Pastikan HDMI-CEC aktif.
Setkan HomePod (atau pasangan stereo HomePod) sebagai output audio lalai anda untuk Apple TV.
Dalam Seting pada Apple TV, pergi ke Video dan Audio > Output Audio > Saluran Pengembalian Audio, kemudian pilih Mainkan Audio Televisyen untuk mengaktifkan eARC.
Pada TV anda, pilih input HDMI untuk peranti yang anda mahu halakan audio (seperti konsol permainan atau pemain DVD).
Audio untuk peranti dipilih dihalakan menerusi Apple TV ke speaker HomePod anda.
Nota: Anda mungkin perlu menyemak dengan pengeluar TV anda untuk melihat jika seting tambahan diperlukan untuk mendayakan eARC bagi output audio.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan HDMI ARC atau eARC dengan Apple TV 4K anda (generasi ke-2 atau lebih baharu).