Gunakan Zum untuk membesarkan imej pada Apple TV
Gunakan permukaan sentuh pada kawalan jauh untuk mengawal Zum dan untuk menyorot sekeliling imej yang dizumkan.
Aktifkan atau nyahaktifkan Zum
Dalam Seting pada Apple TV, pergi ke Kebolehcapaian > Zum dan aktifkan Zum.
Anda juga boleh menyediakan pintasan kebolehcapaian untuk mengaktifkan Zum. Lihat Tambah pintasan kebolehcapaian ke Apple TV.
Zum masuk atau keluar
Dengan Zum diaktifkan, tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) tiga kali.
Sebarang item yang anda serlahkan dibesarkan secara automatik.
Alihkan fokus zum
Ketik pinggir atas, bawah, kiri atau kanan pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk bergerak ke arah tersebut dengan satu item skrin.
Laraskan pembesaran
Ketik pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) dan seret ke atas atau bawah dengan dua jari.
Untuk mengehadkan pembesaran maksimum, dalam Seting pada Apple TV pergi ke Kebolehcapaian > Zum > Paras Zum Maksimum.
Aktifkan atau nyahaktifkan sorotan
Ketik pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) dengan dua jari.
Sorot untuk melihat lebih banyak
Semasa menyorot, seret jari anda pada pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Sebutkan item skrin yang sedang dipilih
Tekan butang Siri dua kali.