Kawal main balik podcast pada Apple TV
Apabila anda mula memainkan podcast, ia kelihatan dalam skrin Kini Dimainkan yang anda boleh kawal main balik, lihat baris gilir anda, tukar seting audio dan dapatkan maklumat lanjut tentang episod.
Kawal main balik podcast dalam Kini Dimainkan
Pergi ke app Podcast pada Apple TV.
Navigasi ke Kini Dimainkan di bahagian atas skrin.
Petua: Anda juga boleh mengakses skrin Kini Dimainkan daripada Pusat Kawalan. Lihat Kawal main balik podcast dan output audio daripada Pusat Kawalan.
Gunakan kawalan jauh anda untuk melakukan mana-mana daripada yang berikut:
Mainkan atau jeda podcast: Tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh, atau tekan .
Apabila episod dijedakan, garis masa kelihatan dengan masa berlalu dan baki masa. Leret ke kiri atau kanan pada butang tengah pad klik atau permukaan sentuh untuk menggosok titik yang berbeza dalam garis masa, kemudian tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh untuk memainkannya dari titik tersebut.
Putar balik atau maju pantas secara berterusan: Semasa main balik, tekan dan tahan sebelah kiri atau kanan pada gelang pad klik atau permukaan sentuh. Tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh untuk menjeda, kemudian tekan lagi untuk meneruskan main balik.
Mula memainkan episod dari mula: Tekan kanan pada gelang pad klik atau permukaan sentuh.
Tunjukkan baris gilir Kini Dimainkan (jika tersedia) dan kawalan garis masa: Tekan atau .
Setelah garis masa kelihatan, anda boleh menavigasi ke bawah ke garis masa, kemudian leret kiri atau kanan pada pad klik atau permukaan sentuh untul beralih ke titik berbeza dalam episod. Anda juga boleh memilih di penjuru kiri atas untuk menukar output audio anda, atau memilih episod podcast berbeza dalam baris gilir anda (jika tersedia) untuk mula memainkannya.
Kawal main balik podcast dan output audio daripada Pusat Kawalan
Apabila podcast dimainkan atau dijeda pada Apple TV, anda boleh membuka main balik dan kawalan audio daripada Pusat Kawalan.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Untuk mengawal main balik muzik: Pilih , kemudian pilih lagu untuk membuka skrin Kini Dimainkan, atau pilih kawalan main balik.
Untuk menukar output audio: Pilih , kemudian pilih destinasi main balik.
Anda boleh mendengar audio daripada Apple TV pada AirPods atau fon kepala Beats serasi, speaker didayakan AirPlay, fon kepala atau speaker Bluetooth, HomePod, atau speaker yang anda sambungkan menerusi app Rumah.
Podcast terus dimainkan apabila anda meninggalkan app Podcast, tetapi berhenti jika anda mula memainkan video atau audio dalam app lain.