Kawal main balik podcast pada Apple TV
Apabila podcast mula dimainkan, ia kelihatan dalam skrin Kini Dimainkan. Podcast terus dimainkan walaupun jika anda meninggalkan Podcast, tetapi ia dihentikan jika anda mula memainkan video atau audio dalam app berlainan.
Pada skrin Kini Dimainkan, anda boleh mengawal main balik, navigasi ke podcast lain atau pilih pilihan lanjut.
Siri: Sebut: “Mainkan” atau “Jeda”
Kawal main balik podcast
Dengan skrin Kini Dimainkan dibuka pada Apple TV, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) untuk melihat kawalan tambahan.
Podcast atau episod bersebelahan podcast semasa kelihatan dalam baris gilir Kini Dimainkan. Garis masa juga kelihatan, menunjukkan masa berlalu dan baki masa. Apabila garis masa aktif, anda juga boleh menekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk memainkan atau menjeda podcast.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Jeda atau main: Tekan butang Main/Jeda pada Siri Remote.
Putar balik atau maju pantas secara berterusan: Semasa main balik, tekan dan tahan sebelah kiri atau kanan pada gelang pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama). Tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh untuk menjeda, kemudian tekan lagi untuk meneruskan main balik.
Pergi balik ke permulaan atau langkau ke podcast atau episod seterusnya: Tekan sebelah kiri atau kanan pada gelang pad klik atau permukaan sentuh.
Langkau ke belakang atau ke depan 10 saat: Navigasi ke bawah untuk menyerlahkan penunjuk main, kemudian tekan sebelah kiri atau kanan pada gelang pad klik atau permukaan sentuh. Tekan lagi untuk melangkau lagi 10 saat.
Mainkan podcast berbeza: Serlahkan podcast yang anda mahu mainkan, kemudian tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.
Beralih ke titik khusus dalam podcast atau episod: Navigasi ke bawah untuk menyerlahkan penunjuk main, kemudian navigasi ke sebelah kiri atau kanan untuk bergerak ke belakang atau depan pada garis masa.
Strim perkara yang dimainkan ke peranti didayakan Bluetooth atau AirPlay
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang memainkan audio ke berbilang speaker atau fon kepala, lihat Gunakan Apple TV untuk memainkan audio di seluruh rumah anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih destinasi main balik.
Untuk mengetahui cara menyambungkan peranti Bluetooth, lihat Sambungkan peranti Bluetooth ke Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penstriman AirPlay, lihat Gunakan AirPlay untuk strim audio dan video pada Apple TV.
Lihat pilihan lanjut
Dengan skrin Kini Dimainkan dibuka pada Apple TV, navigasi ke episod di bahagian tengah skrin, kemudian tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) untuk melihat pilihan lanjut:
Pergi ke rancangan
Keluarkan podcast daripada baris gilir
Simpan atau nyahsimpan episod
Tandakan podcast sebagai dimainkan atau belum dimainkan
Lihat perihalan penuh podcast