Tambah dan urus simbol pita dalam Saham pada Mac
Sesuaikan senarai pemerhatian anda untuk memaparkan simbol pita yang kerap anda lihat.
Apabila anda menambah simbol pita ke senarai pemerhatian yang anda cipta, simbol juga ditambah ke senarai pemerhatian Simbol Saya. Senarai pemerhatian Simbol Saya mengandungi pustaka lengkap simbol pita anda; senarai pemerhatian yang anda cipta hanya mengandungi simbol pita yang anda tambah padanya.
Anda tidak perlu mengetahui simbol pita tertentu untuk menambahnya ke senarai anda. Hanya mengetahui nama cukup untuk anda bermula.
Cari dan tambah simbol pita baharu
Cari simbol pita yang anda mahu ikuti dan tambah simbol ke senarai pemerhatian anda.
Dalam app Saham pada Mac anda, klik nama senarai pemerhatian semasa di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih senarai pemerhatian.
Taipkan nama atau simbol pita dalam medan carian.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik butang Tambah bersebelahan simbol pita dalam bar sisi untuk menambahnya ke senarai pemerhatian semasa dan senarai pemerhatian Simbol Saya.
Klik simbol pita dalam bar sisi, kemudian klik butang Tambah ke Senarai Pemerhatian dalam bar alat untuk menambahnya ke senarai pemerhatian semasa, senarai pemerhatian Simbol Saya dan sebarang senarai pemerhatian tambahan yang anda pilih.
Untuk mengosongkan medan carian dan kembali ke senarai pemerhatian anda, klik butang Padam dalam medan carian.
Petua: Setiap entri dalam senarai hasil carian menunjukkan pertukaran yang simbol pita dagangkan dan kod mata wang. Banyak sekuriti berdagang pada berbilang pertukaran—gunakan maklumat tersebut untuk membantu memilih simbol pita yang betul untuk ditambahkan pada senarai pemerhatian anda.
Tambah simbol pita ke senarai pemerhatian lain
Dalam app Saham pada Mac anda, klik simbol pita yang anda mahu tambah ke senarai pemerhatian lain.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Klik butang Urus Simbol dalam bar alat.
Leret ke kiri, kemudian klik butang Tambah ke Senarai Pemerhatian .
Pilih kotak semak bersebelahan setiap senarai pemerhatian yang anda mahu simbol pita kelihatan di dalamnya.
Keluarkan simbol pita daripada senarai pemerhatian
Apabila anda mengeluarkan simbol daripada senarai pemerhatian Simbol Saya, simbol dikeluarkan daripada setiap senarai pemerhatian yang mengandunginya. Apabila anda mengeluarkan simbol daripada senarai pemerhatian yang anda cipta, ia dikeluarkan daripada senarai pemerhatian tersebut sahaja-simbol kekal dalam senarai pemerhatian Simbol Saya.
Dalam app Saham pada Mac anda, klik nama senarai pemerhatian semasa di bahagian atas bar sisi, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih senarai pemerhatian Simbol Saya untuk mengeluarkan simbol pita daripada semua pemerhatian yang mengandungi simbol tersebut, termasuk senarai pemerhatian Simbol Saya dan sebarang senarai pemerhatian yang anda cipta.
Pilih senarai pemerhatian yang anda cipta untuk mengeluarkan simbol pita daripada senarai pemerhatian tersebut sahaja.
Klik simbol pita yang anda mahu keluarkan.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Leret ke kiri, kemudian klik butang Sampah .
Tekan kekunci Delete, kemudian klik Keluarkan.
Klik butang Urus Simbol dalam bar alat, kemudian nyahpilih kotak semak bersebelahan setiap senarai pemerhatian yang anda mahu keluarkan simbol.
Susun semula simbol pita dalam senarai pemerhatian
Dalam app Saham pada Mac anda, klik nama senarai pemerhatian semasa di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih senarai pemerhatian dengan simbol pita yang anda mahu susun semula.
Seret simbol pita untuk menyusunnya semula.
Isih simbol pita dalam senarai pemerhatian
Pilih cara simbol pita dalam setiap senarai pemerhatian anda diisih.
Dalam app Saham pada Mac anda, klik nama senarai pemerhatian semasa di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih senarai pemerhatian dengan simbol pita yang anda mahu isih.
Pilih Paparan > Isih Senarai Pemerhatian Ikut, kemudian pilih salah satu daripada pilihan berikut:
Manual
Perubahan Harga
Perubahan Peratusan
Modal Pasaran
Simbol
Nama
Untuk menukar tertib simbol pita dalam senarai pemerhatian, pilih Paparan > Isih Senarai Pemerhatian Ikut, kemudian pilih Menaik atau Menurun.
Uruskan simbol pita
Dalam app Saham pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas simbol pita dalam senarai pemerhatian, kemudian leret ke kiri.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah simbol pita ke senarai pemerhatian: Klik butang Senarai Pemerhatian , kemudian pilih kotak semak bersebelahan setiap senarai pemerhatian yang anda mahu simbol pita kelihatan di dalamnya.
Kongsi simbol pita: Klik butang Kongsi , kemudian klik kaedah perkongsian. Contohnya, pilih Nota atau Peringatan untuk menyimpan pautan ke simbol pita yang anda boleh gunakan kemudian untuk melihat butiran tentang simbol pita dalam app Saham dengan cepat.
Keluarkan simbol pita: Klik butang Sampah .