Jalankan pintasan yang dicadangkan
Siri mencadangkan pintasan berdasarkan penggunaan app iOS anda, maklumat daripada app pihak ketiga, sejarah pelayar, e-mel, mesej dan maklumat kenalan. Siri juga mencadangkan pintasan yang dicipta dalam app Pintasan.
Menggunakan isyarat seperti lokasi, masa dalam hari dan jenis pergerakan (seperti berjalan, berlari, atau berenang), Cadangan Siri mempelajari masa untuk mencadangkan pintasan paling relevan.
Petua: Anda boleh menambah pintasan yang dicadangkan oleh app lain sebagai tindakan dalam pintasan tersuai anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Navigasi senarai tindakan dalam Pintasan.
Jalankan pintasan yang dicadangkan
Pada peranti iOS anda, lakukan salah satu daripada berikut:
Daripada skrin Utama: Leret ke bawah dari bahagian tengah untuk menunjukkan Carian, kemudian ketik pintasan.
Daripada skrin Kunci: Ketik pintasan yang dicadangkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketik “Jalankan”, kemudian ikuti sebarang arahan tambahan pada skrin.
Ketik pintasan untuk membuka app Pintasan, kemudian ketik untuk menjalankan pintasan.
Ketik untuk menutup pintasan.