Hadkan input untuk pintasan pada iPhone atau iPad
Apabila anda mula-mula mendayakan pintasan untuk dijalankan daripada app lain, pintasan akan menerima sebarang kandungan sebagai input. Mengehadkan jenis kandungan yang diterima pintasan anda mengemaskan pilihan perkongsian dalam app, dengan menyembunyikan pintasan yang tidak relevan kepada app. Contohnya, pintasan yang hanya menerima kenalan tidak akan muncul sebagai sambungan perkongsian dalam app Peta. Lihat senarai penuh jenis input dan definisinya dalam Memahami jenis input dalam Pintasan pada iPhone atau iPad. Anda boleh membenarkan pintasan anda untuk bertindak balas secara dinamik jika tiada input diterima.
Nota: Sesetengah pintasan tidak menerima input awal (sebagai contoh, pintasan yang anda jalankan daripada widget).
Dalam app Pintasan pada peranti iOS atau iPadOS anda, ketik pada pintasan.
Pintasan dibuka dalam editor pintasan.
Ketik Sebarang (atau input semasa) dalam tindakan input.
Jika anda tidak melihat tindakan input, lihat Lancarkan pintasan daripada app lain pada iPhone atau iPad atau Terima item atas skrin daripada app lain.
Nyahaktifkan sebarang jenis kandungan yang anda tidak mahu sebagai input untuk pintasan anda.
Ketik Kosongkan untuk menyahaktifkan semua jenis kandungan.
Ketik Selesai.
Pilihan: Untuk memilih cara pintasan membalas jika tiada input, ketik Teruskan dalam tindakan input dan pilih satu daripada berikut:
Henti dan Balas: Pintasan berhenti dan (secara pilihan) memaparkan mesej. Untuk memaparkan mesej apabila pintasan berjalan dan tiada input, ketik Respons dan taipkan mesej.
Minta Untuk: Pintasan meminta input. Pilih jenis kandungan untuk diserahkan kepada pintasan.
Dapatkan Papan Klip: Pintasan menggunakan kandungan Papan Klip sebagai input.
Teruskan: Pintasan berjalan tanpa gangguan. Jika tindakan menggunakan input sebagai Pemboleh Ubah Pintar, pemboleh ubah akan menjadi kosong.