Memahami jenis helaian kongsi dalam Pintasan
Jika anda telah mengaktifkan Tunjukkan dalam Helaian Kongsi, anda boleh membuka pintasan daripada app lain. Apabila dijalankan daripada helaian kongsi, pintasan menerima input—seperti URL atau imej—daripada app. Input daripada app hos diserahkan kepada tindakan pertama pintasan anda.
Apabila anda mengaktifkan Tunjukkan dalam Helaian Kongsi, anda boleh menentukan jenis input yang boleh diterima pintasan. Jenis input lalai ialah Apa-apa Sahaja, yang membenarkan pintasan muncul dalam sebarang app.
Apabila anda menukar jenis input, pintasan muncul hanya dalam app yang berkongsi jenis kandungan yang ditentukan. Contohnya, pintasan yang hanya menerima URL muncul apabila anda menjalankan pintasan daripada Safari, tetapi tidak muncul apabila anda menjalankan pintasan daripada Foto. Pintasan yang tidak berfungsi dengan app semasa disembunyikan.
Petua: Tentukan jenis kandungan untuk setiap pintasan anda supaya helaian kongsi anda tersusun apabila dibuka.
Nota: Kadang kala, pintasan mungkin muncul di tempat yang tidak dijangkakan—contohnya, pintasan yang menerima imej muncul apabila berkongsi halaman web dalam Safari (kerana halaman web boleh mengandungi imej).
Jadual berikut menyenaraikan jenis input helaian kongsi yang disokong.
Jenis input | Definisi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nombor telefon | Nombor telefon (dikenal pasti secara automatik dalam teks oleh Pintasan) | ||||||||||
Kenalan | Kad kenalan dikongsi daripada app Kenalan, atau fail vCard | ||||||||||
Alamat e-mel | Alamat e-mel (dikenal pasti secara automatik dalam teks oleh Pintasan) | ||||||||||
Produk iTunes | Item dikongsi daripada app iTunes Store. | ||||||||||
App App Store | App yang dikongsi daripada App Store | ||||||||||
Lokasi | Alamat jalan (dikenal pasti dalam teks secara automatik oleh Pintasan) atau lokasi yang dikongsi daripada app Peta | ||||||||||
Pautan Peta | Pautan ke lokasi atau arah daripada Peta atau app navigasi lain | ||||||||||
URL | Sebarang URL, sama ada pautan web (seperti | ||||||||||
Halaman web Safari | Halaman yang dikongsi daripada app Safari atau daripada Pengawal Paparan Safari dalam app pihak ketiga | ||||||||||
Artikel | Artikel yang dicam apabila URL web diserahkan sebagai input, termasuk butiran seperti tajuk, pengarang, tarikh diterbitkan, isi, petikan, bilangan perkataan dan URL imej utama | ||||||||||
Teks beraneka | Teks dengan pemformatan digunakan, termasuk HTML daripada halaman web dan kandungan dalam editor teks seperti Microsoft Word | ||||||||||
Teks | Teks biasa tanpa pemformatan digunakan | ||||||||||
Fail | Sebarang fail, termasuk dokumen, imej, PDF, zip dan banyak lagi | ||||||||||
Fail PDF | |||||||||||
Imej | Fail imej, termasuk imej daripada app dan pada web, serta foto yang dikongsi daripada app Foto | ||||||||||
Media | Fail video dan audio | ||||||||||
Tarikh | Tarikh dan masa (Untuk menjalankan pintasan dengan tarikh sebagai input, dalam sebarang app, sentuh dan tahan tarikh bergaris bawah, seperti “esok pada 4 PTG,” ketik Kongsi, kemudian ketik Jalankan Pintasan.) |
Petua: Untuk meneroka helaian kongsi app dan apa-apa yang ia serahkan ke dalam Pintasan, sediakan pintasan yang menerima Apa-Apa Sahaja dan sertakan tindakan Graf Kandungan sahaja. Apabila pintasan dijalankan daripada helaian kongsi dalam app, item kandungan yang boleh dikenal pasti oleh Graf Kandungan dipaparkan.