Memahami jenis input Sambungan Tindakan dalam Pintasan
Jika anda telah setkan pintasan sebagai Sambungan Tindakan, anda boleh membuka pintasan daripada dalam app lain melalui helaian kongsi iOS. Apabila dijalankan daripada helaian kongsi, pintasan menerima input—seperti URL atau imej—daripada app yang mengandunginya. Input daripada app hos diserahkan kepada tindakan pertama pintasan anda.
Apabila pintasan disetkan sebagai Sambungan Tindakan, anda boleh menentukan jenis input yang boleh diterima pintasan. Jenis input lalai ialah Apa-apa sahaja, yang membenarkan pintasan muncul apabila Sambungan Tindakan dijalankan daripada sebarang app.
Apabila anda menukar jenis input, pintasan akan muncul hanya dalam app yang berkongsi jenis kandungan yang ditentukan. Contohnya, pintasan yang hanya menerima URL muncul apabila anda menjalankan pintasan daripada Safari, tetapi tidak muncul apabila anda menjalankan pintasan daripada Foto. Pintasan yang tidak berfungsi dengan app semasa disembunyikan.
Petua: Tentukan jenis kandungan untuk setiap pintasan Sambungan Tindakan anda supaya helaian kongsi anda tersusun apabila dibuka.
Nota: Kadang kala, pintasan mungkin muncul di tempat yang tidak dijangkakan—contohnya, pintasan yang menerima imej muncul apabila berkongsi halaman web dalam Safari (kerana halaman web boleh mengandungi imej).
Jadual berikut menyenaraikan jenis input yang disokong oleh Sambungan Tindakan.
Jenis input | Definisi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nombor telefon | Nombor telefon (dikenal pasti secara automatik dalam teks oleh Pintasan) | ||||||||||
Kenalan | Kad kenalan dikongsi daripada app Kenalan atau fail vCard | ||||||||||
Alamat e-mel | Alamat e-mel (dikenal pasti secara automatik dalam teks oleh Pintasan) | ||||||||||
Produk iTunes | Item yang dikongsi daripada app iTunes Store, termasuk muzik, filem, rancangan TV, video muzik, nada dering dan nada isyarat (juga termasuk kandungan yang dikongsi daripada Apple Books) | ||||||||||
App App Store | App yang dikongsi daripada App Store | ||||||||||
Lokasi | Alamat jalan (dikenal pasti dalam teks secara automatik oleh Pintasan) atau lokasi yang dikongsi daripada app Peta | ||||||||||
Pautan peta | Pautan ke lokasi atau arah daripada Peta atau app navigasi lain | ||||||||||
URL | Sebarang URL, sama ada pautan web (seperti | ||||||||||
Halaman web Safari | Halaman yang dikongsi daripada app Safari atau daripada Pengawal Paparan Safari dalam app pihak ketiga | ||||||||||
Artikel | Artikel yang dicam apabila URL web diserahkan sebagai input, termasuk butiran seperti Tajuk, Pengarang, Tarikh Diterbitkan, Isi, Petikan, Bilangan Perkataan dan URL Imej Utama | ||||||||||
Teks beraneka | Teks dengan pemformatan digunakan, termasuk HTML daripada halaman web dan kandungan dalam editor teks seperti Microsoft Word | ||||||||||
Teks | Teks biasa tanpa pemformatan digunakan | ||||||||||
Fail | Sebarang fail, termasuk dokumen, imej, PDF, zip dan banyak lagi | ||||||||||
Fail PDF | |||||||||||
Imej | Fail imej, termasuk imej daripada app dan pada web, serta foto yang dikongsi daripada app Foto | ||||||||||
Media | Fail video dan audio | ||||||||||
Tarikh | Tarikh dan masa dikenal pasti secara automatik oleh iOS (Untuk menjalankan pintasan dengan tarikh sebagai input, dalam sebarang app, sentuh dan tahan tarikh bergaris bawah, seperti “esok pada 4 PTG,” ketik Kongsi, kemudian ketik Jalankan Pintasan.) |
Petua: Untuk meneroka helaian kongsi app dan apa-apa yang ia serahkan ke dalam Pintasan, sediakan pintasan yang menerima Apa-Apa Sahaja dan sertakan tindakan Graf Kandungan sahaja. Apabila pintasan dijalankan sebagai Sambungan Tindakan dalam app, item kandungan yang boleh dikenal pasti oleh Graf Kandungan dipaparkan.