Dayakan atau nyahdayakan automasi peribadi
Selepas anda mencipta automasi, anda boleh mengeditnya untuk menyahdayakannya buat sementara atau untuk membenarkannya berjalan secara automatik.
Nyahdayakan automasi
Dalam Pintasan, ketik Automasi .
Ketik automasi yang anda mahu nyahdayakan.
Nyahaktifkan Dayakan Automasi Ini.
Ketik Selesai.
Automasi tidak akan memaklumkan anda atau berjalan secara automatik.
Dayakan automasi
Dalam Pintasan, ketik Automasi .
Ketik automasi yang anda mahu dayakan.
Aktifkan Dayakan Automasi Ini.
Ketik Selesai.
Apabila dicetuskan, automasi akan dijalankan atau akan meminta anda menjalankannya, bergantung pada seting yang anda pilih dalam tugas seterusnya di bawah.
Dayakan automasi untuk berjalan tanpa meminta
Sesetengah automasi peribadi boleh berjalan tanpa meminta pengesahan daripada anda apabila ia dicetuskan.
Dalam Pintasan, ketik Automasi .
Ketik automasi yang anda mahu jalankan secara automatik.
Nyahaktifkan Tanya Sebelum Dijalankan.
Ketik Selesai.
Automasi tidak akan memaklumkan anda apabila ia dicetuskan.
Automasi berikut boleh dijalankan secara automatik:
Mod Pesawat
Penggera
CarPlay
Jangan Ganggu
Mod Kuasa Rendah
NFC
Buka App
Latihan Jam
Nota: Anda juga mungkin perlu mengesetkan tindakan individu untuk dijalankan secara automatik.
Automasi berikut tidak boleh dijalankan secara automatik:
Tiba
Sebelum Saya Bertolak
Bluetooth
Tinggalkan
Masa dalam Hari
Wi-Fi