Pengenalan kepada pengeditan pintasan
Semasa anda membina koleksi pintasan anda, terdapat beberapa cara anda boleh menyusun dan mengedit pintasan. Anda boleh:
Susun semula pintasan supaya pintasan yang paling kerap anda gunakan kelihatan dahulu dalam app Pintasan atau dalam Paparan Hari Ini
Duplikasi pintasan dengan cepat untuk digunakan sebagai titik permulaan pintasan baru
Padamkan pintasan yang anda tidak perlukan lagi
Kongsi pintasan dan sesuaikan maklumat pintasan dikongsi supaya tiada data peribadi dikongsi
Selaraskan pintasan antara peranti iOS dan iPadOS
Terima kasih atas maklum balas anda.