Tambah tapak web ke Kegemaran anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh melihat tapak web yang kerap anda akses dengan cepat dengan menambahnya sebagai Kegemaran anda, supaya anda boleh melawatnya dengan satu klik.
Pergi ke app Safari pada Mac anda.
Masukkan nama atau URL tapak web dalam medan Carian Pintar.
Pilih Penanda Buku > Tambah Penanda Buku, kemudian pilih Kegemaran.
Klik Tambah.
Anda juga boleh mengklik dalam medan Carian Pintar, kemudian seret URL tapak web yang anda sedang lihat ke bar Kegemaran berhampiran bahagian atas tetingkap, folder Kegemaran dalam bar sisi atau kawasan Kegemaran pada halaman mula.
Nota: Kekalkan tapak web kegemaran anda sama pada semua peranti Apple anda dengan mendaftar masuk pada Akaun Apple yang sama. Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, ketik Lihat Semua, kemudian pastikan Safari diaktifkan. Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama anda di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, klik Lihat Semua, kemudian pastikan Safari diaktifkan di bawah Disimpan ke iCloud. Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda. Jika penanda buku untuk tapak web kegemaran tiada pada satu peranti, anda mungkin telah memadamkannya pada peranti lain.