Gunakan peringatan daripada akaun internet anda pada Mac
Jika anda menyimpan peringatan anda dalam akaun internet—sebagai contoh, iCloud, Exchange, Yahoo, atau AOL—anda boleh menggunakan akaun tersebut dalam Peringatan pada Mac anda dan mengakses semua peringatan anda dalam satu tempat. Sediakan peranti iOS dan iPadOS anda untuk menggunakan akaun yang sama, supaya peringatan anda kekal terkini merentas semua peranti anda.
Jika anda hanya menggunakan satu akaun dengan app Peringatan pada Mac, tajuk akaun dalam bar sisi ialah “Senarai Saya”. Jika anda menggunakan berbilang akaun, tajuk setiap akaun ialah nama penyedia (contohnya, iCloud atau Yahoo) atau perihalan dalam butiran akaun.
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan peringatan iCloud yang dinaik taraf. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Tambah peringatan iCloud anda
Sebelum anda boleh menambah peringatan iCloud, anda perlu mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Klik iCloud di sebelah kanan, kemudian aktifkan Peringatan dalam senarai app. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Dalam app Peringatan pada Mac anda, klik Naik Taraf (jika diminta).
Tambah akaun peringatan lain
Gunakan kaedah ini untuk menambah akaun peringatan daripada penyedia lain yang menawarkan peringatan, seperti Yahoo.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Akaun Internet dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Dalam senarai akaun di sebelah kanan, klik akaun yang anda mahu gunakan.
Jika anda belum menambah akaun yang anda mahu gunakan, klik Tambah Akaun, klik penyedia akaun, kemudian ikut arahan atas skrin.
Aktifkan Peringatan.
Jika anda tidak melihat Peringatan dalam senarai, penyedia tidak menawarkan ciri peringatan.
Henti menggunakan akaun untuk Peringatan
Anda boleh berhenti menggunakan akaun supaya senarai peringatan dan peringatannya tidak lagi muncul dalam Peringatan pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Akaun Internet dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Dalam senarai akaun di sebelah kanan, klik akaun yang anda mahu berhenti gunakan.
Nyahaktifkan Peringatan.
Untuk menggunakan akaun lagi dengan Peringatan, aktifkan Peringatan. Senarai peringatan dan peringatan akaun muncul semula.
Anda boleh menambah, melihat dan mengubah suai peringatan dalam app Peringatan pada semua peranti Apple anda yang menggunakan akaun yang sama. Anda juga boleh melihat, mengedit dan mengubah suai peringatan iCloud anda pada iCloud.com. Perubahan yang anda buat muncul di mana-mana sahaja, oleh itu anda sentiasa mempunyai peringatan paling semasa anda. Pemberitahuan peringatan juga muncul pada Mac dan peranti lain anda yang menggunakan akaun yang sama.
Jika anda menggunakan Handoff, anda boleh bertukar antara Mac anda dan peranti lain semasa melihat peringatan. Untuk membuka senarai peringatan dihantar ke Mac anda, klik ikon Handoff Peringatan yang muncul dalam Dock.