Lihat maklumat tentang PDF dan imej dalam Pratonton pada Mac
Anda boleh melihat maklumat tentang dokumen atau imej, seperti saiz fail, nama penulis dan resolusi imej, dalam tetingkap Pemeriksa.
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Klik dalam bar alat.
Gunakan alat dalam tetingkap Pemeriksa untuk melihat maklumat lanjut tentang PDF atau imej.
Alat
Perihalan
Maklumat umum
Lihat maklumat umum tentang PDF atau imej.
Info lanjut
Lihat maklumat tentang imej dalam format berbeza dan tentang tempat foto diambil.
Pemeriksa kata kunci
Lihat kata kunci ditetapkan pada PDF atau imej.
Pemeriksa penyulitan
Lihat maklumat penyulitan dan keizinan untuk PDF dilindungi kata laluan.
Pemeriksa pangkas
Apabila menggunakan alat pilihan dalam PDF, gunakan anak tetingkap untuk melihat dimensi kandungan yang anda pilih, kemudian pilih unit ukuran. Lihat Pangkas atau putar PDF.
Pemeriksa Anotasi
Lihat anotasi yang dibuat pada PDF atau anotasi yang dibuat pada imej, seperti penambahan bentuk atau teks. Pilih anotasi dalam senarai untuk menunjukkannya pada PDF atau imej.