Gabungkan PDF dalam Pratonton pada Mac
Gabungkan semua atau sebahagian daripada dua atau lebih PDF ke dalam PDF tunggal.
AMARAN: Perubahan yang anda buat pada dokumen Pratonton disimpan secara automatik. Jika anda mahu simpan PDF asal (selain daripada yang baru digabungkan), pilih Fail > Duplikasi untuk mencipta salinan setiap PDF sebelum menggabungkannya.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF yang anda mahu gabungkan.
Dalam setiap PDF yang dibuka, pilih Paparan > Imej Kecil untuk memaparkan imej kecil halaman dalam bar sisi.
Seret imej kecil yang anda mahu tambah ke bar sisi imej kecil dalam PDF lain. Command-klik untuk memilih imej kecil tidak bersebelahan.
Anda boleh tambah halaman ke akhir dokumen atau di antara halaman dalam dokumen. Seret imej kecil untuk susun semula mereka.
Petua: Untuk menambah seluruh PDF pada permulaan atau akhir PDF lain, seret ikon PDF dalam Finder ke bar sisi dokumen yang terbuka.