Cari podcast pada Mac
Podcast ialah rancangan audio atau video yang anda boleh mainkan pada Mac anda. Anda boleh mencari podcast tentang hampir semua perkara, termasuk sains, berita, komedi dan banyak lagi. Anda juga boleh menerokai saluran (koleksi rancangan yang daripada pencipta podcast).
Ikuti rancangan kegemaran anda dan dengar episod baharu apabila ia dikeluarkan. Anda juga boleh memuat turun episod ke pustaka anda dan mendengarnya walaupun apabila anda tidak bersambung ke internet.
Cari podcast
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik dalam medan carian di bahagian atas bar sisi (atau tekan Command-F), kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih daripada kategori: Pilih topik, seperti Komedi atau Sukan.
Cari mengikut tajuk, orang atau topik: Masukkan perkara yang anda cari, kemudian pilih cadangan atau tekan Return.
Klik Semua Podcast untuk melihat semua hasil daripada pustaka Apple Podcasts atau klik Pustaka Anda untuk hanya melihat hasil daripada pustaka anda.
Daripada hasil carian, lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan rancangan atau episod: Tahan penuding di atas rancangan atau episod, kemudian klik . Lihat Dengar podcast.
Lihat butiran rancangan atau episod: Dalam bahagian Rancangan, klik pautan tajuk di bawah rancangan; dalam bahagian Episod, klik pautan tajuk bersebelahan episod.
Lihat butiran saluran: Dalam bahagian Saluran, klik saluran. (Langganan mungkin diperlukan untuk akses penuh.) Lihat Langgan rancangan atau saluran.
Nota: Bukan semua kandungan dan ciri tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan rancangan atau saluran: Pilih rancangan atau saluran, kemudian klik tawaran langganan yang tersedia daripada pencipta podcast.
Ikuti rancangan: Tahan penuding di atas rancangan, klik , kemudian pilih Ikuti Rancangan. Lihat Ikuti atau nyahikuti rancangan.
Lihat lebih hasil: Klik bersebelahan Hasil Teratas, Rancangan, Saluran atau Episod.
Layari untuk rancangan
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik Layari dalam bar sisi untuk melihat rancangan baharu dan popular, serta koleksi editorial Apple.
Petua: Anda juga boleh mengklik bar carian dan meninggalkannya kosong untuk melayari mengikut kategori.
Tambah rancangan mengikut URL
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Pilih Fail > Ikuti Rancangan dengan URL.
Masukkan URL, kemudian klik Ikuti.
Nota: URL mesti untuk suapan RSS podcast yang sah.
Dapatkan pengesyoran diperibadikan
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian skrol ke bawah untuk mencari kandungan disyorkan.
Rancangan dicadangkan kelihatan dalam baris Anda Mungkin Menyukai. Episod yang dicadangkan berdasarkan pendengaran anda kelihatan dalam baris Lagi untuk Ditemui. Pengesyoran lain tersedia berdaasrkan topik yang anda terokai sebelum ini dan sebarang langganan yang anda telah beli.
Tarik diri daripada pengesyoran diperibadikan
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Pilih Akaun > Lihat Akaun Apple.
Klik Urus di sebelah Akaun, kemudian klik Urus di sebelah Pengesyoran Diperibadikan.
Nyahpilih “Tunjukkan pengesyoran diperibadikan”, kemudian klik Simpan Perubahan.
Nota: Seting Pengesyoran Diperibadikan anda juga digunakan pada App Store, Apple Books, iTunes Store, Apple TV dan langganan daripada Apple. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Podcast melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Podcasts & Privasi.
Lihat podcast dikongsi
Apabila rakan berkongsi rancangan dengan anda dalam Mesej, anda boleh mencarinya dengan mudah dalam app Podcast.
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik Laman Utama dalam bar sisi, kemudian skrol ke bahagian Dikongsi dengan Anda.
Layari episod dalam podcast khusus
Pergi ke app Podcast pada Mac anda.
Klik rancangan untuk melihat halaman maklumatnya.
Skrol untuk melihat episod terbaharu atau klik Lihat Semua (jika tersedia).
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Podcast apa ini?” Ketahui cara untuk menggunakan Siri.
Nota: Sesetengah podcast mungkin menyertakan bahan untuk pendengar matang, seperti kandungan dengan bahasa eksplisit atau tema dan situasi dewasa. Untuk mengehadkan akses kepada jenis kandungan ini, lihat Hadkan akses kepada podcast dengan kandungan eksplisit.