Gunakan Penanda untuk menulis atau melukis pada foto pada Mac
Gunakan Penanda untuk menulis atau melukis pada foto, menambah bentuk, menambah pelekat, memangkas, memutar dan banyak lagi.
Nota: Anda tidak boleh menggunakan alat Penanda untuk menukar video. Lihat Tukar dan tingkatkan video.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik dua kali foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik , kemudian pilih Penanda.
Gunakan alat yang muncul dalam bar alat untuk menandakan foto.
Untuk perihalan setiap alat, lihat jadual di bawah.
Untuk melaraskan penanda, gerakkan penuding berdekatan pinggir, kemudian seret pemegang biru.
Klik Simpan Perubahan.
Untuk mengubah foto ditanda nanti, pilihnya, kemudian klik butang Sambungan dan pilih Penanda lagi.
Alat
Perihalan
Lakar bentuk menggunakan strok tunggal.
Jika lukisan anda dikenali sebagai bentuk standard, ia digantikan dengan bentuk itu; sebaliknya untuk menggunakan lukisan anda, pilih ia dari palet yang ditunjukkan.
Lukis bentuk menggunakan strok tunggal. Tekan jari anda dengan lebih kuat pada trackpad untuk melukis garisan yang lebih tebal, lebih gelap.
Alat ini kelihatan hanya pada komputer dengan trackpad Force Touch.
Klik bentuk, kemudian seretnya ke tempat yang anda inginkan. Untuk mensaiz semula bentuk, gunakan pemegang biru. Jika ia mempunyai pemegang hijau, gunakannya untuk mengubah bentuk.
Anda boleh zum dan serlahkan bentuk menggunakan alat ini:
Serlahan : Seret serlahan di tempat yang anda inginkan. Untuk mensaiznya semula, gunakan pemegang biru.
Zum : Seret kanta di tempat yang anda inginkan. Untuk menambah atau mengurangkan paras zum, seret pemegang hijau; seret pemegang biru untuk menukar saiz kanta.
Taipkan teks anda, kemudian seret kotak teks ke tempat yang anda mahukan.
Serlahkan teks dipilih.
Tukar ketebalan dan jenis garis yang digunakan dalam bentuk dan tambah bayang.
Tukar warna garis yang digunakan dalam bentuk.
Tukar warna yang digunakan dalam bentuk.
Tukar fon atau gaya dan warna fon.
atau
Klik untuk memutarkan item ke kiri. Teruskan mengklik untuk terus memutar.
Untuk memutarkan item ke kanan, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian klik sehingga anda selesai memutarkan item.
Sembunyikan sebahagian daripada item. Seret pemegang penjuru hingga hanya kawasan yang anda mahu kekalkan ditunjukkan dalam jidar bingkai. Anda juga boleh menyeret bingkai untuk menempatkannya semula. Apabila anda bersedia, klik Pangkas.
Masukkan, lihat, atau edit perihalan imej. (Alat diserlahkan apabila imej mempunyai perihalan.)
Perihalan imej boleh dibaca oleh pembaca skrin dan berguna untuk sesiapa sahaja yang mengalami kesukaran melihat imej dalam talian. Sebagai contoh, jika anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam pada Mac, anda boleh menekan perintah VoiceOver VO-Shift-L untuk mendengar perihalan imej dalam kursor VoiceOver.
Anotasi item dengan melakar atau melukis padanya menggunakan iPhone atau iPad berdekatan anda. Jika kedua-dua peranti berada berdekatan, klik , kemudian pilih peranti. Alat mungkin kelihatan diserlahkan untuk menunjukkan yang peranti anda disambungkan. Untuk memutuskan sambungan peranti anda tanpa menggunakannya, klik alat lagi.