Tambah atau keluarkan pelanggan ke album dikongsi dalam Foto pada Mac
Anda boleh menambah dan mengeluarkan pelanggan album dikongsi anda. Anda juga boleh ubah seting untuk album dikongsi, seperti sama ada pelanggan boleh tambah foto mereka sendiri padanya dan sama ada orang tanpa Mac, iPhone, atau iPad boleh melihatnya di web.
AMARAN: Jika anda merancang untuk mengeluarkan pelanggan daripada album dikongsi, ianya bagus untuk memberitahu mereka sekiranya mereka mahu menyimpan sebarang foto atau klip video daripada album disimpan. Apabila anda mengeluarkan pelanggan, mereka tidak lagi akan mempunyai akses ke album dikongsi dan kandungannya.
Tambah dan keluarkan pelanggan ke album dikongsi
Dalam app Foto pada Mac anda, klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Klik dalam bar alat.
Dalam medan Kepada, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Jemput pelanggan baru: Taip alamat e-mel.
Jika orang yang menjemput anda tidak menggunakan iCloud, anda boleh memilih kotak semak Tapak Web Awam untuk mencipta URL untuk album dikongsi anda. Sesiapa dengan URL ini boleh melihat dan memuat turun kandungan album dikongsi.
Keluarkan pelanggan: Pilih alamat e-mel pelanggan, kemudian tekan Delete.
Jemput semula pelanggan: Klik anak panah bawah bersebelahan nama pelanggan dan pilih Hantar Semula Jemputan.
Klik dalam bar alat atau pilih album dikongsi berlainan.
Apabila anda jemput (atau jemput semula) seseorang untuk melihat album dikongsi, orang itu menerima e-mel memintanya untuk melanggan.
Ubah seting untuk pelanggan kepada album foto
Dalam app Foto pada Mac anda, klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Klik dalam bar alat.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Benarkan pelanggan untuk siarkan foto dan video mereka sendiri ke album: Pilih Pelanggan Boleh Siar.
Benarkan orang yang tidak mempunyai Mac, iPhone, atau iPad untuk melihat album: Pilih Tapak Web Awam. Sesiapa dengan URL tapak web boleh melihat dan memuat turun kandungan album dikongsi.
Lihat pemberitahuan apabila pelanggan membuat perubahan kepada album dikongsi: Pilih Pemberitahuan.
Nota: Pelanggan yang melihat album dikongsi anda pada web tidak dapat komen pada item padanya atau melihat komen baru yang disiar oleh anda atau orang lain. Untuk membuat komen boleh dilihat seseorang tanpa Mac, iPhone, atau iPad, siar komen sebelum anda menjemput orang itu melihat album dikongsi.
Klik dalam bar alat sekali lagi.