Laraskan cahaya foto, pendedahan dan banyak lagi dalam Foto pada Mac
Anda boleh menggunakan alat pelarasan dalam Foto untuk mengubah cahaya dan warna foto dengan hasil optima secara mudah. Menggunakan algoritma canggih, Foto menganalisis imej anda dan menggunakan percampuran pelarasan yang betul untuk menjadikan rupa foto anda yang terbaik. Anda juga boleh dedahkan kawalan terperinci yang membolehkan anda memperhaluskan setiap pelarasan, termasuk pendedahan, serlahan dan bayang, kecerahan serta kontras.
Petua: Untuk melihat alat pelarasan semasa mengedit dengan cepat, tekan A.
Buat pelarasan asas ke foto
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik Laras dalam bar alat.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Cahaya, Warna, atau Hitam & Putih, kemudian seret gelangsar sehingga anda berpuas hati dengan rupa foto. Atau, untuk membuatkan Foto membetulkan foto secara automatik, klik Auto.
Petua: Untuk membuang perubahan anda dan tukar ke seting asal untuk pelarasan tertentu, dwiklik penggelongsornya. Apabila anda membuat pelarasan, tanda semak biru mucul di sebelah nama pelarasan untuk menunjukkan perubahan telah dilakukan. Anda boleh pilih atau nyahpilih tanda semak untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pelarasan buat sementara waktu dan lihat bagaimana ia memberi kesan kepada foto.
Buat pelarasan cahaya halus
Anda boleh memperincikan pelarasan yang anda buat untuk seting cahaya foto dengan lebih lanjut.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik Laras dalam bar alat, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Cahaya, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan.
Seret sebarang gelangsar untuk mengubah rupa foto:
Kegermelapan: Gunakan pelarasan tertentu rantau untuk mencerahkan kawasan gelap, menarik serlahan dan menambahkan kontras untuk menunjukkan butiran tersembunyi dan jadikan foto anda kelihatan lebih kaya atau lebih terang. Pelarasan adalah neutral warna (tiada ketepuan digunakan), tetapi mungkin terdapat perubahan tampak pada warna kerana imej lebih cerah dengan lebih kontras kelihatan lebih terang.
Pendedahan: Laraskan ton dari keseluruhan imej.
Serlahan: Laraskan butiran serlahan.
Bayang: Laraskan butiran yang muncul dalam bayang.
Kecerahan: Laraskan kecerahan foto.
Kontras: Laraskan kontras foto.
Titik Hitam: Setkan titik di mana bahagian paling gelap imej menjadi sepenuhnya hitam tanpa sebarang butiran. Seting titik hitam boleh mempertingkatkan kontras dalam imej pudar.
Petua: Tempatkan penuding ke atas penggelongsor dan tekan terus Option untuk meluaskan julat nilai penggelongsor.
Buat pelarasan warna halus
Anda boleh memperincikan pelarasan yang anda buat untuk seting ketepuan, kontras warna dan kas warna foto.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik Laras dalam bar alat, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Warna, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan.
Seret sebarang gelangsar untuk mengubah rupa foto:
Ketepuan: Laraskan keamatan warna keseluruhan foto.
Kontras: Laraskan kontras dan pemisahan warna antara warna yang serupa dalam foto.
Acuan: Laraskan dan betulkan untuk kas warna dalam foto.
Petua: Tempatkan penuding ke atas penggelongsor dan tekan terus Option untuk meluaskan julat nilai penggelongsor.
Buat pelarasan hitam & putih halus
Anda boleh memperincikan keamatan ton dan kawasan kelabu dan tukar bintik foto.
Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik Laras dalam bar alat, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Hitam & Putih, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Pilihan.
Seret sebarang gelangsar untuk mengubah rupa foto:
Keamatan: Tambahkan atau kurangkan keamatan ton foto.
Neutral: Mencerah atau menggelapkan kawasan kelabu foto.
Ton: Laraskan foto untuk rupa kontras yang lebih tinggi atau kontras yang lebih rendah.
Butir: Laraskan jumlah bintik filem yang muncul dalam foto.