Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Baiki pustaka anda apabila ia bermasalah
Jika anda mengalami masalah dengan foto dalam pustaka, Foto boleh cuba untuk membaikinya. Jika masalah berterusan, anda juga boleh pulihkan pustaka anda dari sandaran Time Machine.
Penting: Anda harus sandarkan pustaka foto anda sebelum membaiki pustaka anda.
Jika Foto dibuka, pilih Foto > Keluar Foto.
Tekan Option-Command dan dwiklik ikon Foto dalam folder Aplikasi (atau klik ikon Foto dalam Dock).
Tetingkap Perbaiki Pustaka dibuka.
Klik Baiki untuk bina semula pustaka foto anda.
Untuk maklumat mengenai menyimpan semula foto dari Pustaka Foto iCloud anda, lihat Pulihkan item dipadam.